Wah..cantiknya baby doll
Huisy…Hodohnya Fiona bini shreek tu..
Cantik VS hodoh
Semua orang suka kecantikan
Allah juga suka benda yang cantik dan bersih
Rasulullâh bersabda: "Sesungguhnya Allah Maha Indah dan
mencintai keindahan, kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan
orang lain"
Jadi tak hairanlah kenapa dalam soal pemilihan jodoh, CANTIK
menjadi pilihan utama.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa.
Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia? Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
Istilah saya, Biar tak cantik macam Fiona asalkan akhlak 100% mak mertua dan bapak mertua suka. Hati anaknya juga pasti suka ^__^
0 comments:
Post a Comment