Pages

Powered by Blogger.

Saturday, April 21, 2012

..:: ROBOT YANG BERJALAN::..





Bismillahirahmanirrahim…alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi atas kurniaannya.
Bersyukurlah..di atas segala nikmat yang di berikan secara percuma

Maha suci bagi allah

“ budak tu berjalan macam robot, dah laa pakai baju besar.jalan tak pandang orang.

ini gelaran yang ana dapat di waktu persekolahan dulu

“kakak tu berjalan macam robot transfomer lah.fokus pada tempat nak pergi je.tak pandang kiri kanan”

Ini pula antara yang ana dapat di kolej dulu.

ROBOT??
Alhamdulillah…tidak dikatakan macam sotong,
Boleh faham?
Terima kasih ^_^

Realiti kehidupan.yang ana masih bawa sehingga ke hari ini iaitu dunia pekerjaan. Robot yang berjalan tanpa pandang kiri kanan, dengan baju besar, tudung besar, tertutup seluruh anggota badan dan hanya Nampak mata.

“kecantikan hanya pada yang BERHAK”

Saban hari si sogok dengan pakaian baru, alat mekap berharga ratusan ringgit, perhiasan yang amat mahal.

Terima kasih, cukup macam ni gaya ana. Jubah-jubah ana hanya tukang jahit “terbaik” sahaja yang boleh jahit. Siapa? Iaitu mama ana. Bukan tak mampu untuk beli atau cerewet tapi fikirkan lah..masih kah wujud jubah yang di jahit tanpa potongan badan? Masihkah wujud jubah yang di jahit dengan menggunakan kain yang tebal??

“enti tak panas ke?” persoalan ini yang ana terima
“Alhamdulillah..masih terasa sejuk dengan nikmat angin dan sabar,ana tak yakin mampu menahan rasa panas di akhirat nanti.”

Jika ramai yang mempersoalkan tentang purdah atau niqab, ana hanya memilih jalan untuk diam dari berdebat dengan orang yang tidak tahu banyak tentang hal ini.” Diam itu lebih baik”

Purdah? Kenapa ana memakainya?  Kerja kerajaan mana boleh pakai purdah kan?

Alhamdulillah..sedikit ilmu yang dipelajari, ia adalah pakaian sunnah, namun ada sesetengah ulama mengatakan ia wajib bagi seorang muslimah.hukum yang ana berikan keatas diri sendiri ialah..sunat namun wajib pada sesetengah tempat. Kenapa perlu pertikaikan lagi perkara yang menjadi debat ulama. Pakai sahaja pendapat yang terbaik bagi diri kita.jangan memaksa diri.

Dunia pekerjaan.
Jika dulu warna-warna jubah ana hanya hitam,coklat tua dan biru tua.kini melalui pembelajaran, psikologi kanak-kanak mereka suka warna yg ceria. Tak salah untuk ikut tetapi tengok keadaan. Warna2 ceria ana hanya pakai di sekolah. Urusan luar sekolah warna pakaian tetap warna yang gelap. “robot buruk” tak kisah dapat tittle tu. Janji allah boleh terima,kan?

 Seumur hidup ana tak pernah memiliki jubah pink.tapi konvokesyen punya pasal…mama belikan kain pink dibuat jubah.nasib baik pakai dalam jubah konvo yg besar tu. Sekarang pun ia bersarang dalam almari,

 
ISTIQAMAH

Bukan mencari silap orang dan bukan untuk bangga diri, beristiqomahlah dalam melakukan kebaikan. Ilmu yang di miliki seharusnya di amalkan.

Cuti semester tika ana di tahun 2. Menemui kembali sahabat-sahabat lama yang di rindui. Tapi apa yang mengecewakan, sudah hilang stoking di kaki, sudah hilang tudung yang labuh. Pakaian bukan melambangkan hati. Ya..tapi dari hati yang baik akan terserlah pada pakaian. Bukan ana nak suruh pakai telekung solat tapi labuhkanlah tudungmu ukhti2 ku..lindungilah kakimu dari pandangan ajnabi. Ana tak rasa ustaz dan ustazah kita bangga melihat kita sekarang Berjaya tetapi tak amalkan ilmu yang kita dapat.

Sedikit perkongsian.

Ini hanya sebahagian luahan hati yang sekian lama ana pendam.
Terima kasih sebab membaca coretan yang ibarat angin.

5 comments:

  1. assalamualaikum..slm prkenalan(^_^)

    ninja turtle-comel kan,tersenyum sndiri bila dapat gelaran ni^__^
    adakalanya diam itu lebih baik.
    "...وفي كل خير..."

    thanx for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkmslm..SyaheeDah, salam mahabbah ^_^

      luahan in terluah bila dgr lagi org ckp "robot"
      tak apalah..robot pun robotlah asalkn bukan jagung tanpa kulitnya kn?kn?

      Delete
  2. wlkmslm...salam mahabbah.
    ninja? ala..comelnya.

    ReplyDelete
  3. teringin sangat nak pakai purdah macam akak !!... tapi belum tiba waktunya lagi .. insya'allah dlm prsediaan skrg ni... semoga dipermudahkan.. aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah,semoga allah juga permudahkan urusan LIZA ^_^

      Delete