Pages

Powered by Blogger.

Wednesday, October 8, 2014

...:: Mukhayyam akhwat ikram Miri 2014 (1)::...








5 – 7 september 2014
Bismillahirrrahmanirrahim…

Dear dairy,
Bertemu lagi kita. Kali ni aku nak bercerita tentang program yang baru sahaja selesai melabuhkan tirai. Pertama kali, Alhamdulillah..menjadi insan terpilih untuk mengikuti mukhayyam akhwat. Meninggalkan segala keselesaan  yang ada selama ini demi mencari semula apa yang hilang dulu.
Mukhayyam…jika zaman belajar, ia adalah 1 program wajib bagi diri. Berada dalam kalangan sahabiah yang sangat mantap  amalan ibadahnya, bicaranya dan idea. Saban minggu ada program kerohanian sebagai menyucikan diri.

Hari pertama
Bermula 5 september 2014, jam 5.25 petang, selesai makan dan masak untuk orang di rumah, aku mulakan perjalanan ke rumah kak roziana. Kereta parking disana dan kami mulakan perjalanan seterusnya ke Niah dengan Alza merah milik kak Roziana. Kelewatan bertolak dari bekenu, kami tiba lewat di daerah niah (tempat program). Solat maghrib dulu di masjid al-jabbar niah dan seterusnya ke tapak Chalet Gua Niah.
Kami sampai disaat akhwat disana selesai  solat jama’. Makan dan program bermula. Apa yang aku tertarik ialah cara taaruf yang baru dan menyeronokkan. Rasanya setiap kali mengikuti program ada saja cara baru untuk taaruf. Dan ia boleh aku jadikan aktivitii untuk program kem ibadat NG. kami diminta menulis nama masing2 pada kertas kecil dan dikumpul dalam 1 bekas kecil. Kemudian setiap orang perlu mengambil 1 dari kertas didalam bekas. Jika kita mendapat kertas yang tertulis nama A, maka kita perlu melukis wajah A tersebut. 5 minit masa diberi untuk kami semua melukis. Aku sendiri mendapat nama KUputeri, seorang adik curtin yang berasal dari kota bharu. Tak sangka jumpa orang sama negeri. Sesi taaruf ringkas dan ada seorang kakak yang punya nama unik sekali “Rika Oktawiyah Bt Rajo Intan” orang Selangor tapi tinggal dilabuan kerana mengikut suami yang berasal dari Labuan.
Kami di minta buat Hirosah @ berjaga malam bergilir-gilir. Oh, lupa nak cerita, kami juga ditentukan kumpulan berdasarkan cabutan kertas yang ada nama binatang. Yang kelakar..nama kumpulan kami ialah “TENGGILING”  ^_^ dan bilik kami ialah bilik no 4. Rika oktawiyah, kamilah najwa, bariah ,aku dan mufidah zafirah. Katil ada 4 tapi kami kongsi tidur. Sesi hirosah pula kami diminta membaca al-quran dan Qiamullai secara individu. Pada mulanya aku hairan, jika sebelum ini mukhayyam mesti Qiamullai berjemaah. Hairan kan?

Hari kedua
Selesai solat subuh, tazkirah ringkas dan sarapan. Ada sedikit terkilan disebabkan aku mandi dulu sebelum makan, makanan yang tinggal hanyalah sisa yang sedikit. Aku jumpa lagi 1 kumpulan yang jenis tidak pedulikan orang lain. Makan tanpa mengingati masih adakah orang yang belum makan? Mereka terus makan..dan makan.. aku di ajar, jika makan..perlu kita mengingati orang selepas kita. Cukupkah makanan yang tinggal. Bukan semua perlu masuk dalam perut kita tanpa hiraukan orang. Sedih jugalah sebab aku gastrik dan roti yang tinggal hanya sekeping.  Ini lah aku katan kan..meninggalkan kesenangan. Aku tinggalkan rutin makan harian dan kesannya sepanjang program perut rasa sakit. Cuma reaksi muka masih dikawal T_T.
7.30 pagi kami semua turun ke kawasan lapang. Lengkap pakaian Riadhah.sejam beriadhah dengan kesimpulan berkaitan kehidupan dan perjuangan, kami diminta kembali ke tempat penginapan. Ada pengisian bedah buku menanti.
11.10 pengisian berakhir.Alhamdulillah..sangat  menarik! ^_^
11.15 giliran kumpulan Hendon masak(kumpulan kami lah tu) menu ringkas..sardin dan sayur. Pertama kali masak dengan gaya duduk. Bukan pro sangat..hentam saja masak. Siap dan sardin sangat sedap (puji diri sendiri..hehehe) makan nasi siap bertambah.
Solat zohor dan kami berkumpul untuk aktiviti tadabbur Alam Niah.

Apa yang boleh aku kata..Alhamdulillah..alhamdulillah..sangat taajub. Alam sangat indah. Sehinggakan aku tak sabar2 untuk berkongsi dengan mu My dear. Kami di minta berjalan berpasangan. Aku pilih kak rika..sebab rasa selesa dengan orang dewasa (tua setahun je pun ^_^) berjalan separuh jalan yang licin, kami diminta tukar kasut dengan pasangan perjalanan. Nasib baik kaki kami sama saiz. Cuma kasut aku lebih ‘bertenaga’ lagi untuk berjalan jauh.

…BERSAMBUNG…..

0 comments:

Post a Comment