Pages

Powered by Blogger.

Sunday, August 24, 2014

..:: DuGaAn::..



Bismillahirrahmanirrahim….
Dear dairy…

Hari ni banyak sangat dugaan, keluar rumah rasanya dah baca bismillah..dan mula dengan kaki kanan. Tapi kami tetap hadapi dugaan. Mungkin allah nak bagi peringatan supaya berwaspada jangan happy2 sangat. Awal-awal peristiwa, kereta kena block oleh tuan rumah. Hampir setengah jam juga  menunggu dan berusaha alihkan kereta. Akhirnya dapat juga kami meneruskan perjalanan kami.

Dear dairy…
First dugaan..skirt kak zah di makan esklator. Koyak ghabak juga skirt dia. Nasib baik aku sempat tarik,kalau ikutkan kak zai Cuma tarik tangan kak zah tanpa usaha tarik skirt.kalau aku tak tarik waktu tu..harus bogel kak zah sebab separuh skirt dia dah ditelan esklator. Berdebar juga..sampai rasa mengigil kaki.

Second dugaan..dompet kak zai di curi orang.  Dompet yang di kepit pada ketiak tiba-tiiba hilang di curi orang . Cuma sedar bila nak bayar. Kecoh kejap..kehulu kehilir mencari. Yang aku tak suka ialah..dia marah orang yang bertanya tentang kejadian, sepatutnya janganlah marah. Orang dah bertanya itu dikira baik sebab nak bantu. Sungguh aku tak berkenan. Dalam apa jua keadaan..emosi perlu dikawal.jangan sampai orang disisi turut disambar api. Kak zah aku tengok relax je. Macam tak cuba bantu kak zai. Boleh pulak berdiri tegak macam tiang bendera di tepi. Pelik kan? Sungguh 2 orang perangai yang sukar aku fahami. Seorang cepat marah. Seorang lagi tak pedulikan orang.

Aku? Dah cuba membantu sebab dari awal aku memang tak ikut diorang beli tuala. Cair juga aiskrim aku sebab tolong cari dompet kak zai dan cuba jadi jurucakap dia berurusan dengan pihak mall. Maklumlah dia..komunikasi  pun dah gagal, kalau bercakap dengan orang lagi..memang huru hara rasanya. Tapi last-last aku kena marah sebab selesai urusan dibalai polis( buat report) kami semua terus ke bintang mall..untuk solat dan makan. Perut pun dan berdondang minta isi. Waktu solat pun dan nak sampai penghujung waktu. Dia tak apalah tak boleh solat dan aku yang tuan punya kereta suka hatilah nak pergi mana dulu. Dia tak ada pulak bagitau nak selesaikan urusan dengan mall dulu untuk bukak CCTV. Sepatutnya, orang dah tolong tu..cakaplah terima kasih. Aduh..hilang pahala aku tolong dia. GERAMMM…

Third dugaan ialah aku sendiri. Selesai solat dan makan, aku awal-awal cabut diri dari ikut diorang pergi beli handbag dan jam kak zah. Sebab aku tau..tempoh pemilihan barang tu memang ambik masa lama. Nak selamat, aku jalan sorang-sorang cari kedai kasut. Dan jumpa kasut..destinasi seterusnya ialah kedai buku. Memang benda wajib setiap bulan. Kat kedai buku..aku ada ambil 1 novel tebal. Baca synopsis belakang. Kusyuk baca entah bila tangan aku terlanggar susunan novel yang banyak tu. BUMM….berterabur novel yang di susun cantik tadi landing atas lantai. Alamak!.. aku panic..campak plastic barang yang ada kat tangan..aku mula kutip novel-novel yang berterabur tu. Malunya…tak ada orang pun tolong aku. Semuanya tolong tengok. Ambil 1 novel dan terus bayar. Sebab kulit muka pun dah tebal walaupun akau pakai purdah.

Dear dairy…
Aku sebenarnya tak suka bila orang marah-marah tanpa sebab. Kita dah cuba Tanya dengan baik-baik. Maka jawaplah dengan baik. Aku tak ada tengking2..maka jangan jawap dengan tengking2. Ingat aku ni patung kayu ka? Mentang-mentang aku tak banyak mulut..sesuka hati orang nak sembur aku. TOLONG DOAKAN AKU MENJADI MANUSIA YANG SABAR.

Dear dairy..
aku nak pergi dulu ya..lain hari aku jumpa kau lagi. kat rumah tak ada mood nak menulis banyak2.
Assalamualaikum.
 23 ogos 2014

0 comments:

Post a Comment