Belum terlewat ana nak ucapkan… Selamat tahun baru 2012…
Kita telah memasuki tahun baru, maka setiap insan perlu membuka buku baru..melakar kehidupan yang baru. Azam yang baru..maka kehidupan kita akan lebih bermakna. Kita telah ada target dan sasaran..maka hidup akan diwarnai dengan pelbagai-bagai unsur ^_^ satu cabaran kan?
sahabat-sahabat tentu ada impian dan target kan? kalau kawan ana, target dia akan bina rumahtangga tahun ni..amin semoga di permudahkan. yang lain2 macam mana? masih tak ada target lagi? jom cari apa yang kita nak capai tahun ni.
Tahun baru..target ana mestilah sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Lagipun komitmen tak besar sangat tahun ni.insyaallah..masa dapat di rancang dengan baik. Cuma bidang pengajian masih dalam proses. Diploma pendidikan atau master tamadun islam. Untuk capai target ni..ana kena belajar jadi sedingin salju..ataupun sekeras batu. Ketepikan perkara-perkara sampingan. Target perlu di utamakan. YA ..kena yakin dapat buat. I CAN DO IT !!!..... seperti janji dengan arwah.
Banyak yang ana rancang.sampinganya ialah..memajukan bisness online.alhamdulillah..setakat ini, allah banyak murahkan rezeki ana dan angah (kami kongsi). Sebenarnya teringat pesana ustaz mat kamal di zaman persekolahan dulu. “berhati-hatilah dengan setiap kelakuan atau perbuatan kita.jika orang ikut dan guna maka sebahagianya kita akan dapat share,pahala atau dosa” maka ana memilih perniagaan tudung+ purdah, handsock, jubah dalam proses. Apabila orang pakai untuk tutup aurat maka sebahagian share pahala kami akan dapat..alhamdulillah..senangkan nak dapat pahala?..jualan ini juga adalah jualan amal untuk rumah anak yatim dan mualaf yang diuruskan oleh NGO di pulau pinang..rezeki perlu di kongsi. Ia juga sebahagian saham akhirat.nak derma, ana bukanya kaya..maka hasil jualan lah yang akan ana share dengan rumah anak yatim tu.
Impian zaman sekolah,
Ana nak buka kedai buku. Sebab ana minat buku. Semangat berkobar-kobar nak memiliki sebuah kedai buku yang comel. Pintu kedai yang berbentuk coklat, cat dalam kedai warna puple cair selang warna putih dan biru cair. Kerusi berbentuk serangga berwarna warni, aroma epal segar dalam kedai dan sudut cupcake cute2. ^_^ selain menjual buku,kedai buku tu nanti menawarkan khidmat pinjam dan pelanggan boleh baca buku di satu sudut dengan bayaran yang murah. Ia sebagai langkah mengalakkan remaja berilmu dan pergaulan yang sihat.
Untuk menjadi mukminah yang betul2 allah redho..semestinya..memiliki mujahid. Memiliki permata hati yang fasih membaca al-quran, menghafal kalam allah dan yang soleh solehah. Sebenrya tugas seorang ibu memang berat. Mencorak peribadi permata hati dengan ajaran islam, acuan rasulullah s.a.w dan kesabaran yang tinggi.
Ya allah..makbulkanlah setiap impianku. Seiringkanlah juga manfaat kepada orang lain.untuk melahirkan masyarakat yang berilmu agamamu. AMIN.
hajar akan doakan impian akak akan tercapai...^_^
ReplyDeletesemoga berjaya kak...
Amin..terima kasih hajar ^_^
ReplyDeleteinsya Allah! aamiin..
ReplyDeleteCahaya_fatma: Aminn..^_^
ReplyDelete