Pages

Powered by Blogger.

Thursday, October 31, 2013

..:: Saya Nak PiNang Anak PakCik ( 5 )





Tok..tok..
Pintu kayu rumah itu bergegar. Jam di lihat, 5.30 pagi. ‘Siapa pulak yang mengetuk pintu’. Akmal bangun dari kerusi yang di duduki. Pintu kayu di buka

“pakcik..makcik pun ada”
Akmal sedikit terkejut melihat batang tubuh manusia yang berdiri didepan pintu.

“Dah bangun ya?” pakcik amin melontar soalan.

“ Dah”

“ boleh kami masuk?” permintaan di buat oleh tetamu berdua itu. Walaupun rumah yang di duduki oleh akmal adalah rumah sewa mereka yang baru sahaja di kosongkan, tetapi oleh kerana akmal sebagai penghuninya sekarang, mereka harus meminta izin dahulu.

“ eh, masuklah” pintu rumah itu di buka luas untuk tetamu subuh masuk. Akmal masih lagi hairan.

“ kejap lagi dah nak masuk waktu subuh. Pakcik masih tak kuat nak pergi masjid. Jadi..pakcik ingat, kami berdua nak solat subuh berjemaah dengan akmal di sini.”
Pakcik amin dan makcik karimah tersenyum melihat riak muka akmal. Akmal menggaru kepala yang tak gatal.
‘alamak…macam mana ni’

“ pakcik nak berimam kan akmal pagi ni”

“er..boleh”

Akmal menyediakan tempat solat. Sejadah tebal berwarna biru miliknya di halakan pada arah kiblat. Akmal juga membantu pakcik amin duduk di bangku 2 fungsi yang boleh dijadikan tongkat dan kerusi bila di buka. Makcik karimah pula mengambil tempat di belakang. Dia menarik nafas panjang…

“solat hajat dulu ya pakcik, makcik. Subuh pun belum masuk waktu lagi.”

“boleh..boleh..” keduanya bersuara serentak.

Akmal bernasib baik. Pengalaman kadang-kadang menjadi imam solat di tempat kerja memberi dia kelebihan. Surau yang berada di sebelah pejabat fakultinya membuatkan akmal sering solat di sana bersama dengan pelajar-pelajarnya. Tidaklah dia kekok menjadi imam kepada bakal keluarganya nanti.
Allahu akbar..

Takbir diangkat, niat di pasang beserta pergerakan dan bacaan untuk solat hajat. Suara akmal mendayu-dayu membaca surah al-fatihah. Kena makhraj dan tajwidnya. Niat akmal, semoga lamaranya diterima oleh keluarga ini. Untuk dia bina baitulmuslim dengan wanita yang dia kira cukup sempurna.

Sempurna sahaja solat hajat 2 rakaat, suara Bilal melaungkan Azan subuh kedengaran mendayu-dayu di subuh yang sunyi itu. Doa di buat ketika azan, kata penceramah di masjid, waktu azan adalah waktu terbaik untuk berdoa selain di sepertiga malam.

“waktu subuh dah masuk tu” pakcik amin bersuara

“ya..kita solat sekaranglah”

Akmal bangun dari sejadah. Baju melayu di betulkan. Niat untuk solat subuh sebagai imam di buat. Rasa sayu dihatinya, bila ada makmum yang mulia. Dan dia rasa kerdil. 2 rakaat solat subuh disempurnakan dan diakhiri dengan doa yang sentiasa dia buat.

Usai solat subuh dan berdoa, akmal berpaling dan bersalam dengan pakcik amin. Terukir senyuman ikhlas di wajah pakcik amin. Bagi akmal, dia sedang dalam ujian untuk mengambil sesuatu yang bernilai di tengah-tengah hutan belantara yang di jaga rapi.

“ boleh baca al-quran?”

“boleh, sikit-sikit” akmal masih lagi merendahkan diri

“sikit apanya kalau dah lancar baca surah al-mulk”

Akmal menggarukan kepala yang tak gatal bila mendengar butir bicara makcik karimah.

“dalam banyak-banyak surah, surah al-mulk je saya boleh baca lancar makcik..pakcik. surah lain sikit-sikit bolehlah”

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kamu ada kesungguhan nak baca, hafal lagi.” 
Pakcik amin menepuk perlahan bahu pemuda yang datang demi anaknya aisyah.

“ nanti datang rumah ya. Kita sarapan sama-sama” pesan makcik karimah sebelum bangun dari sejadah.

“tak apalah makcik. Tak payah susah-susah. Saya boleh cari sarapan kat kedai sana tu”

“apa pulak susah-susah, tetamu wajib dilayan. Orang kata rezeki jangan di tolak, Bala jangan di cari. Datang rumah nanti ya.”

“er..ya, insyaallah” akmal membantu pakcik amin bangun dari kerusi. Menghantar kedua orang tua itu ke rumah sebelah. Tetamu subuh itu berlalu..dan akmal sudah hilang mengantuk. Kesejukan kampung membuatkan dia mengambil keputusan untuk menyiapkan tugasan kerja. Kalau tidur waktu begini alamatnya janji untuk kerumah sebelah itu hancur.

komputer riba di buka dan beberapa dokumen di tatap sebelum tangan menari lincah pada komputer.

0 comments:

Post a Comment