Huisy…mesti terkejutkan baca tajuk post?
Hehehe…Assalamualaikum.
Rasa cinta saya yang mendalam ialah Pada dunia
penulisan yang dah lama hilang lepas cita-cita terpaksa di pendam atas factor-faktor
yang tak konkrik. dan bermula 2012, segalanya dah berubah. cita-cita dan hasrat ibu bapa dapat bersatu tanpa tercicir pun 1.
Saya mencintai Dunia penulisan.
Saya mencintai Dunia seni
Dunia seni seolah-olah dekat dengan saya dalam
menyebarkan apa yang saya rasa dan apa yang yang perlu saya kongsi dengan orang
lain.
Ada orang menyebarkan sesuatu dengan cara
lakonan. Membuat 1 drama untuk tontonan umum.
Saya juga suka cara itu. Tapi lebih suka membuat skrip cerita seperti
zaman belajar dulu.
Ada orang menyebarkan sesuatu dengan lukisan. Saya
tak pandai melukis tapi saya suka melihat lukisan dan hasil seni itu.
Tapi…
Saya lebih suka menulis untuk orang baca. Kenapa?
Sebab saya tak suka bercakap banyak untuk menerangkan sesuatu.
Macam manalah saya boleh jadi cikgu kan?
Tak suka bercakap tapi perlu juga bercakap bila
mengajar ^_^
Sekarang…
Bukan sekadar cinta pada dunia penulisan,
Sejak abah hadiahkan telefon yang ada kamera
pada zaman mula-mula masuk kolej dulu, saya suka snap..snap…dan snap gambar
pemandangan dan benda. Gambar kandic orang. Gambar over ayu or over gedik bukan
citarasa saya.
Suka sangat tengok hasil. Insyaallah balik
semenanjung bulan 11 nanti, kamera canon harus dimiliki. Kerana pemandangan di
pantai Sarawak ini amat indah. Saya nak kongsi dengan kalian semua.
C.I.N.T.A
^__^
0 comments:
Post a Comment