“Akmal…”
Suapan pulut bersama ikan kering terhenti. Akmal mengangkat
muka memandang pakcik amin
“ya pakcik” lemah sahaja suara akmal
“ tak suka makan pulut dengan ikan kering ya?” Tanya makcik
hakimah
“eh..tak adalah makcik. Saya suka”
“kalau suka kenapa belum habis lagi?” pakcik amin tersenyum
memandang makcik hakimah di sebelah.
Mereka tahu gelora hati tetamu mereka itu. Sementelah pagi
ini , pagi terakhir tetamu itu berada di sini.
“saya menghayati pulut ni pakcik..makcik, kat KL nanti mesti
susah nak jumpa. Jarang dapat makan” akmal Cuma tersenyum menutupi apa yang dia
rasa kini.
Isi hati kedatangan telah diberitahu, tapi jawapan tetap tak
dapat lagi. 3 hari dia berada di sini, pakcik amin dan makcik hakimah
melayannya dengan baik. Tak ada tanda-tanda negatif. Tapi kenapa susah mendapat jawapan. Semangat akmal mula
merudum. Dia rasa, isi hatinya tak kesampaian. Semangat dia patah.
“ha..makan puas-puas. Susah nak jumpa nanti di KL”
Akmal cuba menghabiskan pulut di pinggan. Pulut yang di
kunyah rasa melekat di kerongkong
‘Aduh..kenapa susah aku nak terima hakikat ni’
“saya nak balik dah pagi ni pakcik” akmal luahkan juga
“Oo..cepatnya”
“esok kerja pakcik”
“pakcik lupa pulak ya”
Mereka menghabiskan sarapan dengan senyap. Bagaikan menghayati hidangan di hadapan.
Fikiran akmal melayang jauh. Nampaknya apa yang dia ingini
Allah tak makbul buat masa sekarang.
‘Fuh..’ akhirnya makanan di pinggan dia Berjaya habiskan.
Menunggu pakcik amin dan makcik hakimah siap makan, akmal mengutip pinggan yang
telah di gunakan. Span cuci pinggan mangkuk di capai. Di basuh kesemua yang
yang kotor.
“tinggalkan saja di situ akmal” kata makcik hakimah
“tak apalah makcik. Ni kali terakhir saya cuci semua ni kat
sini” bagaikan suara orang lemah semangat
“apa pulak kali terakhirnya..bila-bila nk cuci semua ni
boleh je datang” seloroh pakcik amin lalu beredar ke ruang tamu.
Selepas mengemas
dapur, makcik hakimah menghulurkan 2 beg plastik yang sederhana besar kepada
akmal. Isi plastik Nampak padat.
“ini buah-buahan kampung. Bawa balik pada keluarga kt kuala
lumpur. “
“banyak ni makcik”
“tak apalah, bawa balik. Kat sana mungkin kena beli kalau
nak makan. Dah alang-alang kamu datang sini bawalah balik untuk keluarga rasa”
“terima kasih makcik”
Makcik hakimah hanya melemparkan senyuman. Akmal membawa
beg-beg plastik ke ruang tamu. Keretanya
sudah tersadai di halaman rumah. Tanda bersedia untuk berangkat pergi.
“Akmal, meh duduk sini” pelawa pakcik amin.
“Balik nanti, akmal boleh lah fikir tarikh nak bawa keluarga
merisik aisyah” akhir kata-kata itu pakcik amin dan makcik hakimah saling
tersenyum restu.
“Betul ke pakcik, makcik?” muka akmal berseri kembali. Bagaikan
bunga yang baru di siram. Matanya bercahaya memandang kedua-dua insan di
hadapannya.
“Betul..”
“Alhamdulillah…terima kasih pakcik, makcik”
“sama-sama, “
“saya baru patah semangat tadi, ingat pakcik dengan makcik
tak boleh terima saya sebagai menantu” akmal berterus terang tentang hatinya.
“Alhamdulillah, dari pihak keluarga kami tak ada halangan.
Aisyah pun dah serahkan keputusan semua lamaran pada pakcik dengan makcik. Cuma makcik harap, jalankan tanggungjawap
sebagai muslim sebaik mungkin. Insyaallah..tanggungjawap sebagai ketua keluarga
dan pekerja akan menjadi sempurna juga. Aisyah tu tak pandai nak berkawan
dengan lelaki. Tak sama dengan adik dia. Jadi kalau dia kata sesuatu tentang
lelaki tu, itulah yang dia rasa sebenarnya.”
“insyaallah makcik, pakcik. Saya akan ingat semua yang
makcik pakcik pesan”
“pakcik juga minta maaf kalau ada yang kurang sepanjang
akmal di sini. Minta maaf juga kalau banyak menyuruh akmal belajar benda baru
yang akmal rasa tak selesa. Tapi..itulah seharusnya seorang lelaki buat. Macam bawa akmal pergi
pasar, ke kedai..sebenarnya pakcik tak ajar anak-anak pakcik jadi hantu kedai.
Maklumlah..bila pergi kedai, masa bukan banyak habis untuk membeli tapi banyak
habis untuk benda lain.jadi aisyah tu jenis yang tak pandai nak membeli barang.
Barang dapur pun pakcik yang beli. Sejak dia mengajar di kuala lumpur je dia
belajar berdikari sedikit.”
‘patutlah bawa aku buat lawatan tak rasmi ke pasar basah’
bisik hati akmal
“ akmal, aisyah tu
antibodi dia lemah sikit. Dia tak boleh buat kerja berat-berat sangat. Tapi dia
jenis yang rajin. Kadang-kadang dia buat kerja sampai demam. Dalam demam pun
dia akan buat kerja juga. Jadi makcik dengan pakcik ni risaulah juga dia
mengajar jauh. Entah kawan tu faham ke tak keadaan dia.” Sambung makcik hakimah
“insyaallah makcik, pakcik saya akan jaga aisyah sebaik
mungkin. Saya pun tak sempurna. Banyak kekurangan. Kalau boleh, saya nak
lengkapkan kekurangan aisyah dengan sedikit kelebihan dari saya. Dan kelebihan
aisyah harapnya tak musnah dengan banyak kelemahan dari saya”
“Alhamdulillah, pakcik bukan nak orang yang pandai bercakap
dari banyak buat. Tapi pakcik tau akmal boleh tolong pakcik dengan makcik untuk
jaga aisyah.”
“terima kasih pakcik, makcik. Insyaallah kalau tak ada
halangan, cuti sekolah bulan depan saya
akan bawa keluarga datang jumpa pakcik makcik.”
“nak datang nanti bagitaulah dulu. Untuk persediaan di pihak
kami”
“insyaallah pakcik, makcik”
Bahagia menyelubungi akmal. Badan terasa ringan. Hati yang
rasa sayu dah hilang di bawa berita gembira ini. Dia dah Nampak sesuatu yang di impikan bakal
terlaksa tidak lama lagi. Semoga mereka akan saling lengkap melengkapi. Kerana
dia tahu, banyak kekurangan yang dia ada. Dan kesempurnaan aisyah bagaikan
melengkap kekurangan yang dia ada. Alhamdulillah, Allah bagaikan mendengar
segala doa dia di malam hari.
:)
ReplyDelete:-)
Delete