salam mahabbah semua.
kalau orang tanya ana , sihat ke? tak ada jawapan lain..alhamdulillah sahaja. itu yg terbaik kan?
apa yang nak di cerita ialah insan ini. yg banyak mempengaruhi corak hidup ana. Alhamdulillah..di besarkan dalam keluarga yang berilmu agama, acuan islam.tapi hidayah tetap bukan warisan. sebab ada sesetengah adik-adik yang mesej, mengkagumi..mahu mencontohi..( bukan riak) subahanaallah..mencontohi boleh tapi kehidupan sekaranglah bukan kehidupan sebelum ini.
Adik,...ana bukanlah terlalu baik untuk di kagumi. sebelum menghadapi kehidupan sekarang..bermacam2 corak dan acuan ana di dedahkan. bukan nak dedahkan yang lalu..tapi ingatlah, yang kurang berakhlak bukan semestinya akan sentiasa macam tu. kita sendiri yang perlu ubah cara kehidupan kita.perlu perubahan menjadi lebih baik.
pengalaman sendiri...kalau dulu tengok orang pakai seluar jeans, terasa nak pakai juga.pakai kemeja tapi alhamdulillah..allah campakkan rasa malu untuk melakukan perkara2 dan kelakuan2 buruk. MAlU...Hm..senjata utama wanita.tapi biar bertempat tau ^_^
alhamdulillah..memori dulu yang hilang, sekarang sikit2 datang bila buat perkara yang sama macam dulu.salah satunya..baru ingat, dulu selalu berebut nak makan dalam pingan bekas tok chik (gambar atas) dengan farah.sebab nak berkat.paling banyak dapat ialah ana ^_^ alhamdulillah..pingan tu wangi sangat.dan berebut2 nak picit tok chik lepas dia balik dari bagi ceramah.kalau takut nak masuk toilet yang tak ada lampu..tok chik akan bagi 1 lidi yang dia baca2..then kita bawak masuk..tempat tu jadi cerah macam bawa lampu.dan tak rasa takut pun sebab rasa macam ada orang jaga. Sweet sangat memori tu.
mama selalu ugut..kalau tak pakai tudung keluar rumah..nanti tok chik tak nak jaga dah ana, tak nak bagi tazkirah dah kat ana. itu yang ana cuba elak.tapi budak degil kan..keluar rumah tetap tak pakai tudung. hingga darjah 6 tudung pun macam cipsmore..kejap ada kejap tak ada atas kepala.tapi tok chik tak marah2 macam mama. tok chik bagi nasihat. belai2 rambut ana yang pendek macam lelaki. kata tok chik kalau tak pakai tudung nanti beribu2 tahun kena seksa dalam kubur.sambil tutup mata tok chik suruh bayangkan. memang ngeri.
yang paling best ingat..dulu tok tih selalu bawak ana ke masjid.mama kata umur 1 tahun ana dah main2 kat masjid. main2 kat sebelah tok tih sembahyang. tok tih layan je ana kat masjid tu sambil dia dengar ceramah. umur 3 tahun tok tih dah ajar ana sembahyang. ^_^
Arwah tok omar pulak tegas sikit. mungkin sebab paling sulung. silap sikit mesti badan akan hinggap tongkat kayu dia. mengaji gagap, makhrat salah..dan baca slow..huhu.tapi arwah tok omar dah meninggal masa ana sekolah rendah. ternampak2 dia duduk atas kerusi kayu kat luar rumah sambil2 baca kitab kuning.dengan badan besar macam orang arab, berjanggut putih, kopiah putih dan jubah belang2..rindunya...
dan arwah tok uda...meninggal masa ana tingkatan 1. balik sekolah baru tau tok uda dah meninggal dan tak sempat nak tengok. tok uda lah yang paling lembut.walaupun muka garang tapi hati tetap lembut. paling merdu baca al-quran. dengan pelbagai2 jenis bacaan.hurm..tak sempat nak belajar.
paling bongsu..tok usu.paling kelakar dan paling rendang (hehehe) masa kecik2 mama kata tok usu suka masukkan ana dalam baldi.sebab ana kecik kot.
sekarang ni semua dah tak sihat. Namun,alhamdulillah..semua dapat tengok hasil acuan mereka, tersenyum kalau ana ziarah 'guru-guru' kehidupan dalam keluarga.cuma tok omar dan tok uda yang tak sempat tengok ana besar macam ni. jumpa kat syurga ya ^_^
semoga allah membalas segala jasa mereka yang mengasuh ana.tak jemu.
ya allah sembuhkan lah mereka-mereka ini yang banyak memberi ilmu kepadaku.
budak kuis? :) saya jugak.. :)
ReplyDeletesemoga kita sentiasa dalam lindunganNya.insyaALLAH.
aiwah..nice post..salam ukhuwah ukhti...
ReplyDeleteNasirah noor: syukran..salam mahabbah.
ReplyDeleteCik Jannah: ya bekas mahasiswi kuis. insyaallah harapnya begitulah