Bismillahirahmanirrahim....
Riyad & ibu kucing.
saya mahu bercerita tentang anak murid tahun 5.
nama dia RiYad.
seorang yang berbadan besar.
Kuat makan
Riyad berasal dari keluarga miskin
tinggal di asrama sekolah
datang sekolah mesti dengan muka yang luka.
kenapa?
saya pun tak ada jawapan.
bila di tanya...riyad hanya tayang gigi.
waktu rehat
riyad akan beli nasi goreng yang seciput.
dengan harga rm0.50 dalam bungkusan plastik.
yang menariknya.
Bila datang je Si ibu kucing
Riyad akan tinggalkan separuh nasi goreng tu untuk si ibu kucing.
walaupun dia lapar, riyad tetap bagi kucing tu makan.
lepas makan, kucing tu riyad akan peluk.
usap perlahan bulu berwarna putih dan kuning ( tak adalah cantik macam my didi si kucing parsi)
this is my didi ^_^
Ralit sangat memerhati..
cara riyad hari-hari
bila waktu masuk kelas..
Riyad akan letak kucing tu dalam kotak tepi stor..
Oh Riyad Si abu Hurairah...
0 comments:
Post a Comment