Akmal
begitu nekad. Alamat pada sekeping kertas di tangan sekali lagi di lihat
sebelum berhenti di papan tanda kampung yang berwarna putih bertulisan hitam
besar. Almera hitam di berhentikan betul-betul di hadapan sebuah masjid yang
berwarna hijau lumut bercampur putih dan sedikit coklat. Akmal merenung jam di tangan lalu keluar dari
kereta.
‘cari rumah dia memang penting, tapi
solat lagi penting sekarang ni’ senyuman terukir bersama langkah kaki memasuki
pagar masjid. Jemaah masjid kian ramai apabila bilal sudah melaungkan iqomat.
‘Alhamdulillah’ tangan yang menadah
doa tadi dibawa ke muka. Dia termenung sekejap di sejadah.
“Assalamualaikum..”
“waalaikumussalam” tangan bertaut
dengan orang sebelah.
“anak ni nak kemana? Tengok gaya
macam orang jauh” sapa pakcik di sebelah dengan ramah.
“saya akmal. Dari kuala lumpur.
Datang sini, nak cari seseorang”
“Oo…datang sini nak cari orang, nama
pakcik hamid,panggil je pak mid. Ni kawan
pakcik, boleh panggil dia pak din”
pakcik di sebelah pak mid menghulurkan tangan kepada akmal.
“boleh kami tahu, akmal nak cari
siapa?” Tanya pak din
“saya nak cari aisyah sofiyah bt
mohd amin. Pak mid dengan pak din tahu tak kat mana rumah dia?” kertas berwarna
biru yang tertulis alamat di hulurkan kepada pakcik-pakcik di sebelahnya.
“ Kalau tengok alamat pada kertas
ni, ini rumah amin lah din.” Kertas biru di hulurkan pak mid kepada pak din.
“yelah, ini alamat rumah amin. Tapi
tak Nampak pulak dia hari ni. Biasa dia tak tinggal solat berjemaah kat masjid.
Kamu tahu ke mid kenapa amin tak datang masjid hari ni ? ”
“ entahlah din, aku pun tak tahu.
Samad,kamu tahu tak kenapa amin tak datang masjid hari ni? Soalan itu di tuju
pula kepada seorang pakcik yang sedang menyapu ruangan solat.
“ amin seliuh kaki pagi tadi kat
tempat wuduk. Aku pergi rumah dia tengah hari tadi, karimah kata kaki amin dah
baik. Tapi kena bagi kaki rehat. Dia tak boleh berdiri lagi.takut nanti bentan”
“Oo…patutlah. Marilah kita pergi
ziarah amin tu. Alang-alang nak tunjukkan rumah pada si akmal ni” pelawa pak
mid kepada pak din.
“ eh, marilah akmal kami tinjukkan
rumah dia.” Mereka bertiga bangun dari tempat duduk dan menurungi tangga untuk
memakai selipar.
“kereta saya ada di luar. Mari
pakcik naik dengan saya” pelawa akmal
“ tak apalah akmal. Kami bawa motor.
Macam ni, kami jalan dulu,kamu ikut dari belakang ya.” Terang pak din
“tak menyusahkan pakcik berdua ke?”
akmal sedikit segan untuk menyusahkan pakcik-pakcik yang ramah di hadapanya ini
“ menyusahkan apa pulak. Alang-alang
kami nak ziarah. Boleh juga kami tambah pahala dengan tolong kamu” pak din
menepuk perlahan bahu akmal sebelum enjin motor di hidupkan.
Akmal mengangguk
kepala lalu keluar dari pagar masjid. Pintu kereta di buka dan enjin kereta
dihidupkan. Melihat 2 buah motor berada di tepi jalan raya bersedia untuk
menunjukkan jalan, akmal menurunkan cermin tingkap kereta. Udaya segar menyapa
mukanya.
‘hari yang indah, hari yang bertuah’
Dengan kelajuan yang sederhana,
kereta akmal mengekori 2 buah motosikal di hadapanya. Melalui jalan kampung
yang di redupi pohon-pohon kelapa dan pohon-pohon besar yang lain. Menghasilkan
suasana yang amat damai dan sejuk. Berbeza dengan udara di kota. 70% sahaja
udara bersih. 30 % sudah di cemari asap kenderaan dan pelbagai-bagai lagi.
Akhirnya, mereka berhenti di hadapan
rumah yang di cat hijau lumut cair. Halaman rumah yang luas menjadi rumah itu
Nampak cantik. Di hiasi dengan pokok-pokok buah jambu, mempelam dan
rambutan. Terdapat kolam ikan yang besar
di sebelah kiri rumah. Akmal keluar dari kereta dengan perasaan teruja. Pintu
gelongsor kaca kelihatan di buka oleh seseorang dari dalam rumah.
“Assalamualaikum karimah. Kami
datang nak melawat amin” seorang perempuan separuh abad menyambut kedatang
mereka.
“waalaikumussalam..masuklah.” laluan
di berikan kepada mereka bertiga untuk masuk. Mereka di bawa ke rumah tengah
rumah yang di cat putih biru cair. Kelihatan seorang lelaki duduk bersandar di
kerusi rotan.
“abang, ada orang datang melawat
ni,” mereka di pelawa duduk di kerusi berhampiran tuan rumah.
“ minta maaf lah amin, kami baru
tahu kamu terseliuh. Patutlah tak Nampak muka kamu kat masjid tadi” pak mid
memulakan intro perbualan.
“tak ada apalah hamid, sudin. Kaki
aku ni sikit je terseliuhnya. Esok-esok bolehlah aku pergi masjid semula” akmal
hanya menjadi pemerhati pakcik-pakcik dihadapanya berbicara. Akmal sedikit
ralit melihat kitab berkulit hitam di tangan tuan rumah.
“berehatlah dulu amin, bagi kaki
kamu tu sembuh dengan sempurna dulu. Insyaallah nanti bolehlah kita jumpa dimasjid
lagi”
“insyaallah. Aku ni bukan apa. Dah
biasa solat kat masjid. Tiba-tiba hari ni kena solat sendiri pulak. Sakit sikit
je, tapi doctor dah bagi aku amaran. Disuruhnya aku berehat sehari dua” tuan
rumah berbual ramah dengan tetamu.
“jemput minum.” Dulang di suakan
kepada mereka bertiga. Cawan kopi di edarkan beserta sepiring keropok lekor
“ alif baru balik Terengganu 2 hari
lepas. Dah habis praktikalnya. Tu yang ada keropok lekor. Rezeki kamu lah hari
ini”
“aisyah tak balik ke amin?”
pertanyaan dari pak din membuatkan akmal tersedak air kopi. Mata dia sedikit
berair. Nasib baik air kopi tidak tersembur keluar.
‘buat malu kaum je’ bisik hatinya
“ aisyah balik masa cuti sekolah je.
Mungkin 2 minggu lagi. Eh, sebelah kamu ni siapa din?”
“ Oo..ini orang yang cari rumah
kamu. Kami jumpa dia kat masjid tadi” terang pak din
“ anak ni siapa?”
“saya akmal. Err..Datang cari pakcik
ni ada sedikit tujuan” muka akmal sudah kelihatan gelisah. Dia berdebar
sebenarya datang terjah rumah orang.
‘agak-agak pakcik ni marah tak kalau
aku bagitau tujuan datang sini ya’ bisik hatinya
“tujuan apa?”
“hm..amin, kami beransur balik dulu
lah, kamu berdua pun macam ada urusan penting” pak samad dan pak din sudah
bersedia untuk pulang. Tangan di hulurkan kepada tuan rumah.
“cepat sangat nak balik, keropok
belum habis lagi ni”
“tak apalah. Mungkin lain kali. Kami
balik dululah amin. Assalamualaikum ”
“hm.. yelah, waalaikumussalam,
senang-senang datang lah lagi”
“insyaallah”
Pulang sahaja pakcik berdua tu,
akmal mula gugup. Jantung berdebar je.
“hm..apa nama anak tadi?”
“akmal. Nama saya akmal”
“akmal, cuba bagitau apa tujuan
datang kemari”
“er..sebenarnya saya datang dari
kuala lumpur.”
“Oo..dari kuala lumpur. Jadi apa
hajatnya datang kemari?” pakcik amin melemparkan senyuman.
“saya nak pinang anak pakcik…”
0 comments:
Post a Comment