Pages

Powered by Blogger.

Tuesday, August 19, 2014

..:: HaTi YanG GuNdaH::...




Bismillahirrahmanirrahim…

Dear dairy,
Dah banyak hari hati ini rasa berdebar bila memandu. Tangan rasa bergetar, kaki terasa kejang dan perut terasa sejuk. Istighfar mengusir rasa itu..tapi rasa itu tetap ada. Sehingga aku perlu mengambil masa sebentar sebelum memulakan perjalanan. Rasanya jalan kaki lagi baik, tapi kat sini anjing banyak dan tak mungkin nak berjalan kaki sahaja pergi kesekolah.

Dear dairy..
myLove dah di parking jauh,selang 6/7 buah rumah. Nasib badan bila menumpang parking orang. Di halau tanpa notis. Sedih kan? Tercari-cari ‘rumah sementara’ untuk myLove. Pagi-pagi perlu bangun awal sebab nak tumpang kak zai (housemate aku) ambik myLove. Takkan aku nak berjalan kaki pagi-pagi depan rumah orang-orang bujang tu . segan pulak jadi bahan tontonan(T_T). ‘rumah sementara’ pulak,parkingnya memanjang bukan lebar. Menjadi masalah juga bila aku nak pergi sekolah awal dan kereta kena block oleh tuan rumah. Dan rasa segan bila tuan rumah nak keluar dan kereta aku duduk belakang. Kenapa tak parking kat rumah sewa sendiri? Sebab..rumah sewa aku tak ada parking. Dan bila beritahu tuan rumah..dia Cuma jawap akan usaha. Bila? Tahun depan. Sedangkan untuk sampai ke tahun hadapan aku perlu tunggu 4 bulan lagi..aku ulangi 4 BULAN. T_T  T_T

dear dairy,
tolong juga doa semoga aku mampu bertahan kat sini. Aku dah cuba bertahan ni. Dihantar jauh, tinggal bersama orang yang aku baru kenal dan baru nak hadam perangai, masalah sekitar yang kadang-kadang aku tepis jauh-jauh. Seksa? Ya..sangat terseksa. Dan aku cuba nak bertahan dari minta tukar. Cuba bertahan untuk beberapa tika lagi. Boleh kan? Doakan aku tabah kat sini dan boleh teruskan hidup walaupun macam-macam berlaku kat sini. Orang yang aku nak jauhkan diri juga ada kat sini, jadi bukan setakat otak aku terseksa, jiwa, hati dan perasaan juga sama. Sebab tu kadang-kadang aku rasa, macam patung..tak ada perasaan seharian.

Dear dairy
Kat sini seronok sebab aku boleh belajar macam-macam loghat Sarawak. Aku dah tulis perkataan baru,mungkin boleh buat kamus kecil macam di sekolah cina dulu. Kat sini bila sampai musim buah, aku dapat rambutan free. Kadang-kadang dunia cute pun aku dapat. Best kan? Pemandangan kat sini pun cantik, udaranya segar. Pantai pun cantik. Jadi bila sedih-sedih, terubat sikit aku boleh pergi pantai.

Dear dairy,
Aku kena stop dulu. Dah sampai masa untuk bagi perhatian kat anak-anak kat sini. Diorang bila rehat perlu di pantau. Sebab ada yang jenis kaki buli. Berlari-lari kat beranda papan ni.maklumlah..bangunan yang aku duduk ni dibuat dari papan. Bergegar bangunan dengan kepala aku sekali bila diorang berlari dalam kumpulan. Pergi dulu ya..nanti aku cerita lagi..

Assalamualaikum.
20/8/2014
9.40 pagi.

0 comments:

Post a Comment