Pages

Powered by Blogger.

Tuesday, May 14, 2013

.:: Cerita Dari Hutan::...





Bismillahirahmanirrahim…
Saya baru pulang dari kursus badan uniform. Pulang dengan membawa banyak cerita untuk di kongsi dengan sahabat2 yang sentiasa singgah ke dairi saya. Cerita bukan untuk mendedahkan aib orang tetapi untuk kita sama-sama baiki peribadi kita apabila berdepan dengan orang lain.

Alhamdulillah…saya di tempatkan dengan ahli khemah yang sangat-sangat baik. Memahamai keadaan saya. Sepanjang 4 hari bersama mereka, hati saya di sentuh dengan kasih sayang mereka. Maklumlah berada di tengah-tengah hutan belantara di Terengganu. Tak ada insan tersayang, pada mereka lah segala keluh kesah sepanjang program saya luahkan.

Program amat baik kepada saya sebagai seorang guru. Mendedahkan ilmu kokurikulum dan ilmu perkhemahan. Kerana zaman sekarang ustazah juga perlu fleksibel mendidik murid-murid. Supaya seiring..semua tugas boleh buat.

Apa yang saya amat kesalkan, saya masih lagi berdepan dengan orang sama, masih lagi berperangai sama. Andai tiada kisah kaitan dengan saya, sememangnya saya tak suka memberi tumpuan atau “ambik kisah” perangai dia. Di tengah belantara, hati amat mudah tersentuh. Air mata juga cepat mengalir andai rasa marah itu tidak dapat dikawal dengan baik. Untuk cerita kepada yang lain, boleh timbul pula aib kepadanya.

Suka mengungkit, suka memberi arahan membabi buta tanpa ambil kisah hati dan perasaan orang, tindakan yang melampaui batas seorang guru agama, percakapan yang agak kurang ajar kepada orang lebih tua. Saya tak peduli awak anak orang berpangkat kerana nak mengadap allah bukan pangkat ayah awak yang allah kira tapi pahala yang kita kumpul. Andai ada manusia yang sakit hati dengan kita, sakita hati dengan tindakan kurang ajar kita tu, pahala bagai di beri free sahaja.

Sahabat-sahabat,



Berjalan jangan dengan ego di kepala




Bersahabat jangan dengan mencari faedah dari nya




Bercakap jangan dengan sindiran semata-mata




Bertindak jangan mengungkit kemudian masa

Saya Cuma mampu berdoa semoga Allah membuat hati awak terdetik untuk ubah perangai
Seorang guru tidak seharusnya begitu
Kerana kita menjunjung amanah wakil menyebar ilmu Rasululllah.......


2 comments:

  1. besnya pegi kem, da lama x pegi. suka baca ayat awk. menenangkan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...byk dpt ilmu waktu pergi kem.
      terima kasih singgah ke Dairi sy ^_^

      hanya coretan

      Delete