Nasib setiap orang tidak sama.
Ada yang kaya harta tapi miskin kebahagiaan
Ada yang punya segala-galanya tapi sunyi hidup
Ada yang anak ramai tapi hati senang
Ada yang hidup sederhana namun rumah penuh kasih sayang
Suratan takdir …
Itu sahaja yang boleh kita katakan?
31052013
Saya punya banyak cerita untuk di kongsikan. Hakikat
kehidupan orang yang mencuit jiwa saya
Kisah 1
Senior zaman sekolah dahulu. Anak sulung, 3 kali mengambil
peperiksaan STPM. Seorang yang rajin membaca di pondok dahulu tapi rezeki
kurang memihak kepadanya. Peperiksaan 3 kali diambil dan kali ke3
Alhamdulillah..melayakkan nya memohon untuk melanjutkan pelajaran. Kakak ini
hidupnya sederhana. Saya di tahun akhir
dan dalam proses praktikal, dia mengikut jejak langkah saya belajar di Kolej
universiti islam antarabangsa Selangor dan memohon kursus yang sama dengan
saya, penghujung 2012, cerita keretakan keluarganya sampai pada saya.
Ibunya menerima hadiah talak 3. Kehidupanya yang dulu sudah
tersepit, kian tersepit apabila si ibu terpaksa menyara 5 orang lagi adik yang
bersekolah dan seorang adik istimewa. Rumah pusaka untuk mereka kelihatan kian
suram. Cahaya harapan di matanya juga hilang. Saya tak sanggup melihatnya tadi.
Cuba-cuba mencipta cerita supaya dia punya semangat untuk habiskan pengajian
yang masih ada sisa-sisa.
Dari zaman sekolah, kisah keluarganya menjadi sembilu dalam
diri. Membaca buku tapi fikiran kosong mengenangkan keluarga yang tersepit bila
si ayah tidak memberi nafkah. Rasa kasih padanya dari dahulu lagi, membuatkan
doa untuknya tidak lekang atau tidak hilang setiap kali tangan di tadah
memohon.
Ya Allah…ringankan lah beban di hatinya.
Ya Allah…lebarkanlah rahmatMU buatnya berteduh, mengharap
Kisah 2
Dia sahabat, Pelanggan tetap Bisnes saya, Pendengar setia
bila saya bercerita.
30 mei 2013
Majlis penyatuan Hubungan Yang Halal antara dia dan Suami.
Jubah pernikahanya saya Disgn dan Hijap & purdah pernikahanya saya jahit supaya
dia kelihatan muslimah di hari Terindah itu. Serba puple …
Habis Kuliah 2.30
saya terus Pandu My Love keluar Maktab untuk memenuhi jemputan walimahnya.
Melihatnya di pelamin
Indah..dengan air muka yang sedikit suram. Kelipan kamera dan HP Canggih
saudara maranya tidak memberi sedikit sinar pun. Gayanya lemah, senyumnya
plastik dan kelipan matanya seorang-olah dipaksa.
Ya khadijah…kenapa begini?
Tatkala dia merangkul saya..”saya minta maaf” hanya ucapan
ini yang keluar. Matanya sedikit berkaca.
Saya mahu memeluknya lagi, meyalurkan sedikit semangat
untuknya.
Dia terpaksa..terpaksa mengorbankan sehelai kain yang sekian
lama menutupi wajahnya.
Jiwa saya sedikit tercalar. Sebak..
Saya tak mampu menolongnya mempertahankan sehelai kain di
wajahnya
Saya yang patut minta maaf tak mampu menguatkan awak..
Saya….saya minta maaf.
Kaki terpaku di depan pelamin indah itu
Seolah-olah saya mahu berbicara lagi denganya. Mahu
menyedarkan suaminya bahawa jiwa sahabat saya ini terseksa. Dia terseksa
melakukan sesuatu yang bukan kerelaannya. Pihak lelaki seolah-olah buta melihat
reaksi sahabat saya. Seolah-olah pekak untuk mendengar rintihanya. Dia menjadi
pameran, dia seolah2 boneka.
Kenapa buat sahabat saya begini…..
Buat Adam..
Tolonglah menjadi perisai buat isteri, andai secebis kain
diwajahnya menjadi persoalan orang
Tolonglah menjadi semangat buat isteri, andai pemakaianya
jelik orang lihat
Tolonglah..jaga dan sedar hakikat isteri jika kamu memang
memilik seorang Niqabis menjadi isterimu.
Kadang-kadang,
Saya rasa tidak adil buat isteri yang seorang niqabis
dipaksa buka oleh suami, demi megelakkan orang mengata. Jika memilih seorang
niqabis sebagai isteri, tolong jaga priveci isteri itu. Andai jiwa belum kuat
untuk hidup dengan seorang niqabis, carilah calon yang biasa-biasa. Kerana yang
terbuka boleh berhijrah, namun yang tertutup menjadi musibah bila terbuka..
Jiwa sendiri yang terseksa melihat kehidupan orang….
0 comments:
Post a Comment