Pages

Powered by Blogger.

Monday, April 29, 2013

..:: Siapa JoDoh Ku.::...

   
 
 
 
 
 
 
 
 
Surah AlAhzab. Ayat 035.




Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.




 Bismillahirahmanirrahim...
Detik bergelar Anak Gadis...
ramai saja yang mengintai Taman Mak ayah Kan?
mencari bunga larangan( rasanya dah Post topik ni..hehehe)

Pilih Pasangan bukan macam Pilih Baju, Bila Dah tak muat atau tak suka desgn, baju itu di tinggalkan tanpa membuat perubahan yang boleh digunakan lagi.

tapi pada saya pilih pasangan macam pilih buku, kenali tajuk dan penulis tersebut...lepas tu cuba selongkar dan fahami isi kandungan buku setelah membeli dan memiliki buku tersebut. Jaga dan Balut kulit buku agar tak koyak.

Pada anda..saya tak tau Tafsiran Bagaimana??


Maksud saya, kesederhanaan pilihan saya. kenali ibu bapanya dan keluarga..sedikit latar belakang yang selebihnya bila dah sah milik kita selongkarlah banyak2. tanya hari-hari pun tak apa. bukan dalam waktu belum sah title duk tanya pelik2 kan?

Kisah Sahabat



seorang sahabat menghantar mesej
"Saya dah penat menanti..dan mencari. sekarang saya hanya mampu reda...Siapa jodoh saya"

T_T    T_T

gaya orang putus asa ke?
 adeh! ana pun belum kahwin, macam mana nak bagi nasihat kaw2 punya..
mampu bagi pinjam telingan dan tangan je untuk taip mesej. 
 
 

kisah orang kahwin



 ini kisah orang yang dah kahwin...
Dah ada isteri, 2 anak tapi masih juga mencari yang lain bila isteri di rumah sarat mengandung.
perempuan yang hampir tarikh bersalin memang perlu di jaga macam baby.
kesian kak Faizah.
tapi kerana masalah dia, saya jadi trauma untuk hadapi alam rumahtagga.
kerana masalah dia, minggu lepas saya berkasar dengan Pemberi buku
kerana masalah dia, saya hampir-hampir kemalangan.
berfikir...Adakah lelaki begini?
Adeh...saya tak ada jawapan. paling kurang saya lepak kat stesen KTM cari jawapan, selebihnya termenung macam orang tak ada kerja. 

Banyak berfikir untuk orang..
Lastnya saya yang demam T__T




Tak ada jodoh dengan Dia?
Pasrah sahaja..

mudah kan?
kalau punya jiwa yang rapuh macam saya..
paling kurang..saya baca buku, atau melukis..selain baca al-quran
lagu2 jiwang tak masuk list ok!

pernah juga tanya kawan
"boleh tak kalau kita tak kahwin? sebab susahnya nak buat pilihan"
"awak tak mo ramaikan umat rasulullah ke?" Dush! kena sebijik..
sape tak mo ada anak-anak yang solehah dan Soleh kan? ^__^

okkk.....saya nak!
 syukran,
kena marah hari tu pun boleh Cool lagi kan ^___^
saya xmo buat dah...

to All my friend...cepat2 kahwin..sebelum saya terbang atau tak wujud kat dunia ni. nak rasa juga Nasi minyak orang pengkalan Chepa ^_^ dan Orang Bachok ^_^
 

0 comments:

Post a Comment