Pages

Powered by Blogger.

Friday, April 26, 2013

..:: SaLMan ThoriQ::...


 Bismillahirahmanirrahim.....

salam kasih sayang buat yang sentiasa singgah ke Dairi usang saya.

saya seorang Guru jadi kisah yang ada dalam Dairi hidup saya adalah kisah murid-murid saya, cerita tentang Anak-anak dan En Bos...insyaallah akan datang saya cerita ^_^

Salman Thoriq, murid  lelaki yang paling tinggi fizikalnya di dalam kelas
berkulit putih dan berambut ikal lebat. agak aktif di dalam kelas sehingga pernah saya ugut( acah sahaja)  utk mengikat kaki dan tangannya pada kerusi akibat selalu berjalan2 ketika membuat latihan.

cuti persekolahan yang lepas, ayah salman yang mempunyai agensi membawa jemaah membuat umrah telah membawa salman menunaikan ibadat umrah di mekah. Alhamdulillah... salman terpilih menjadi tetamu Allah di usia muda, 7 tahun.

sehari sebelum cuti sekolah
"ustazah, saya nak g mekah. nak buat umrah. masuk rumah Allah kat sana" kata salman
" nanti salman bawak balik angin mekah untuk ustazah boleh? " saya cuma bergurau
"boleh...nanti saya kutip angin masuk dalam botol" dia menjawab dengan nada yang ceria.

Alhamdulillah... sesi persekolah bermula....terdapat perubahan saya lihat pada salman. kelas bahasa arab saya, dia lebih suka membuat latihan dan duduk diam tanpa membuat gangguan kepada rakan-rakan yang lain. perwatakan dia amat berbeza. muka lebih berseri dan bercahaya.

saat belajar dan saya mengeluarkan kad gambar unta, salman menjerit
" itu unta yang saya naik....itu unta yang saya naik ustazah! "

salman bercerita pengalamannya di sana.
Subhanaallah...murid ku ini
Hatinya cerah...

semoga Allah sentiasa merahmati Salman
menjadikan dia penyebar agama Allah seperti Salman Al-Farisi yang cerdik dan bijaksana.

0 comments:

Post a Comment