Bismillahirrahmanirrahim
kata seorang ustaz, kalau kita tak mampu nak tolong orang dengan wang ringgit..tolonglah setakat yang mampu...
saya dah seminggu susah hati. Hari sabtu yang lepas...seorang adik yang saya dah lama kenali, minta pertolongan dari segi kewangan.
saya tak tau macam mana nak susun ayat untuk bagitau, keadaan kewangan saya juga menyusut.
purata gaji setiap bulan tahun 2011 yang saya dapat adalah rm2300. tetapi sejak tukar program, gaji atau lebih di kenali elaun saya rm1300 sekarang setiap bulan. tolak campur bayaran kereta, rumah sewa, perbelanjaan lain.. cuma baki rm400 sahaja untuk 4 minggu.
saya tak suka menghampakan permintaan orang.
rasa macam separuh bahu hilang bila tak dapat nak penuhi hajat orang
*___*
***************************************************************
pagi Rabu, on9 kejap sambil2 siapkan kerja sekolah
ada mesej masuk kt inbox laman sosial yang saya baru aktifkan semula.
waida tengah cuba pakai niqab ^_^
agak terkejut pada mulanya walaupun melalui adinda saya, saya tahu sepupu tercenta saya ni tengah berusaha untuk berhijrah.
alhamdulillah...alhamdulillah
seorang lagi muslimah sedang berusaha untuk berhijrah.
seperti nasihat kepada adik2 yang lain juga..
saya mengatakan terus, dia perlu cari ilmu dahulu.
saya sendiri dahulu 4 tahun mencari apa itu purdah?, apa itu niqab ?
macam mana, dan apa dalil2 tentangnya.
siapa yang pakai zaman nabi dan apa kelebihannya.
saya bukan terus pakai seperti yang sahabat2 saya fikir dulu di zaman kuliah.
mereka menganggap saya pakai kerana terikut2 dengan senior yang saya selalu ikuti, pakai kerana masuk dalam kalangan ahli masjid( al-azhar mamber).
pakai kerana nak nampak solehah.
tidak wahai adik2..sahabat2..
kalau saya pakai kerana kawan2 di kuliah,
saya perlu ikut pakaian saudara mara saya dahulu.
kerana saya lahir dan di kelilingi saudara2 perempuan yang berniqab.
tapi...
saya bukan pakai kerana mereka. bukan kerana lambang keluarga sebelah abah
tapi..
kerana saya tahu
kerana apa saya perlu pakai.
saya merasai nikmat pakaian itu.
saya temui keyakinan di situ.
- tengah rancang nak copy byk2 buku yang saya ada tentang niqab. dah janji dengan Khairunnisahttp://www.facebook.com/khairunnisa.zamri2?fref=ts nak bagi, sekarang untuk rawaida pula. semoga ada manfaat utk semua.
ada banyak lagi yang "aku ingin bercerita"
0 comments:
Post a Comment