Pages

Powered by Blogger.

Sunday, December 16, 2012

..:: kehidupan pemilik kain kecil di wajah::..



Bismillahirrahmanirrahim….

Salam kasih sayang buat sahabat-sahabat dan adik2 yang teramat HAMBA sayang.
Begitu banyak petua dan nasihat yang selalu hamba terima di inbox laman social. Namun..ada juga yang melontarkan soalan mengenai kehidupan seorang muslimah yang berniqab.

Permulaan bicara, Hamba biasanya menyoal mereka. Adakah keluarga mereka meredai? Membenarkan dan Tidak melarang? Mungkin ada yang tersentap atau tersinggung dengan persoalan2 “terus” tanpa bengkang bengkok hamba ini.
Awala bicara…mohon maaf kerana Hamba Juga bukan Arif Seperti kakak-kakak yang lain belajar di Tanah AMBIA” yang menjadi Idaman hamba Sejak bergelar Pelajar sekolah menengah Ugama. Hamba Cuma penuntut di Institusi Tempatan.

Kehidupan seorang muslimah berniqab?

Tiada yang berbeza dengan  kehidupan muslimah yang lain. 

Jika muslimah yang lain keluar rumah perlu pakai tudung…

Maka muslimah berniqab juga perlu mengenakan tudung Cuma tambah perlu berniqab

Jika musimah lain makan di luar dengan keadaan sopan ….

Maka muslimah berniqab juga perlu makan dengan sopan Cuma tambah perlu selak sedikit kain kecil di muka untuk menyuap makanan.

Jika muslimah lain apabila di datangi tetamu kerumah..perlu pakai tudung….

Maka muslimah  berniqab juga perlu memakai tudung dan berniqab andai tetamu itu bukan saudara mara dan bukan orang yang perlu kita tayang muka.

Jika muslimah perlu menjaga tatasusila berbicara dengan muslimin…

Maka muslimah berniqab juga begitu malah perlu menjaga pandangan supaya tidak liar



Tidak ada berbeza kecuali sehelai kain kecil menutup wajah yang perlu di pertahankan

Islam itu mudah tapi jangan kita mempermudahkan lagi sehingga berlaku islam liberal,
Menutup itu indah tapi jangan sampai menyiksakanmu.

Ingat kata-kata ini:
Kita pakai untuk menutupi harga diri kita
Bukan menutup untuk  mempamerkan diri kita lebih hebat dari orang.

0 comments:

Post a Comment