Pages

Powered by Blogger.

Thursday, December 27, 2012

...:: DaKwAh Di JaLaNaN::...




Bismillahirrahmanirrahim….
Salam kasih sayang dan mahabbah buat sahabat2 pembaca.

Dakwah di jalanan versi muslimah…Bukan post untuk mengutuk orang yang berdakwah di jalan-jalan tetapi untuk mengajak sahabat2 berfikir sejenak, pro dan contra nya. Syabas kepada muslimah yang menyertai Dakwah jalanan. Kerana usaha ini bukan senang untuk dilaksanakan. Perlu banyak komitmen yang tinggi. Kena banyak bersabar.

Kelebihan:
- lebih kearah mendekati masyarakat
- Masyarakat lebih senang untuk mengetahui sesuatu tentang islam. Kerana bukan semua yang menganut agama islam itu ringan badan nak ke majlis ilmu.



Keburukannya:
- muslimah2 menjadi bahan tontonan umum (walaupun ada yang berpurdah)
- kerja2 luar dari rumah lebih bersesuaian dengan kaum muslimin.
- Keselamatan muslimah tidak terjamin
-Dan lain-lain

Berdakwah tidak salah,tapi cara berdakwah itu yang tidak kena dengan tempatnya. Berjalan di merata-rata tempat yang terbuka, menimbulkan rasa tidak selesa masayarakat dan sebagainya. Mohon maaf juga kalau apa yang di ketengah kan ini menimbulkan rasa tidak selesa pihak penganjur.

Ini Cuma pendapat Hamba yang tidak mengikuti tetapi yang melihat. Hamba seorang yang pemalu untuk berdepan dengan orang ramai di tempat yang terbuka. Tetapi Hamba ada banyak penyelesaian berdakwah.melalui cara:
- tulis surat pada kawan2 kalau nak tegur
- Ajak sahabat2 berjalan@ bermusafir(dengan kereta) dan mengetengahkan 1 isu penting agama.Dan sama2 bincang supaya ada sedikit kefahaman.
-melalui laman social (Facebook/Blog/Twetter Dll). Kerana sedikit/ sepotong ayat  pernah membawa kepada penghijrahan seorang Hamba Allah yang lalai dulu.
-Mesej ringkas.
Mungkin ada juga yang memberi alasan, masyarakat perlu di dekati..ya betul kena pelbagaikan jenis Dakwah tapi bukan dengan berjalan di merata-rata tempat seolah2 muslimah itu sudah hilang malunya..(Allah, mohon maaf kalau ada yang terasa).

Hamba sayangkan Kalian. Dan Hamba hanya mampu menegur dengan Cara umum. Hamba Malu Dan sifat malu itu seharusnya sebati dengan muslimah. Jangan biarkan Islam itu orang pandang remeh sedangkan islam itu mementingkan dan menaikkan Darjat seorang muslimah.

"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

Mohon maaf sekali lagi kalau ada bicara hamba mengguris hati dan perasaan sahabat-sahabat.
-mohon undur diri kali ini, moga ketemu lagi di lain bicara-

0 comments:

Post a Comment