skip to main |
skip to sidebar
CINTA ILAHI.
Kulakarkan sebuah kisah cinta,
Di antara dua insan yang mulia,
Jiwa yang sentiasa menghadap,
Tuhan yang ESA...
Dalam mencari cinta ILAHI,
Fitrah manusia menghimpit diri,
Apatah lagi cinta insani,
Di antara Adam dan Hawa ini...
Kerana ingin menjaga iman di dada,
Risikan kepada Hawa di ketenghkan,
Berbunga hait si Adam,
Pabila mekar kelopak untuknya...
Kasih ILAHI menggunung tinggi,
30 juzu' ingin diimpi,
Lalu ingin di percepatka harapannya,
Dalam mencari kasih ILAHI...
Dibiarkan jawapan diputuskan
Antara wali yang diwajibkan,
keperluan material diterapkan,
Agar sempurna masa depan...
Si Adam kelu tak terkata,
Kerana diri masih mencari ilmu,
Dalam perjalanan yang panjang,
Cinta ILAHI yang penuh cabaran...
Lalu diputuskan satu harapan,
Cinta ILAHI mesti diutamakan,
Diputuskan ikatan pertunangan,
Biarpun janji ALLAH adalah jawapan...
Dibiarkan si Hawa dengan pilihannya,
Moga bahagia hingga hujung nyawa,
Tak lupa di akhirat sana,
Cinta ILAHI dibawa bersama...
0 comments:
Post a Comment