Pages

Powered by Blogger.

Wednesday, July 11, 2012

..:: Ujian bagiku::...




Pagi selasa yang agak kelam kabut. Check in sekolah tempat mengajar sekarang masuk 7.20 pagi.tapi cikgunya pukul 7.15 pagi masih lagi ada di depan rumah. Kelam kabut sangat pagi tu. Keluar masuk rumah ambil barang yang tertinggal. Kena hantar anak ke sekolah dan housemate ke tempat kerja lagi . Serius…kalau boleh nak kereta ni terbang je atau sampai ke tempat yang ingin  di tuju dengan sekelip mata.tapi mustahillah kan…sebab my pulpy bkn transfomal yang boleh bertukar jadi jet.

Rasanya dah baca doa..dan selawat banyak2 sebab pagi selasa tu rasa berdebar dan tangan rasa menggeletar sikit. Bak kata orang “malang tak berbau” kalau berbau saya dah tak singgah tempat tu. Biar anak jalan jauh sikit masuk sekolah dia ^_^
Tapi dah tersurat pagi selasa 10 julai 2012 my pulpy yang berusia tak sampai setahun, luka teruk di langgar gergasi yang tak ada mata, tak Nampak signal yang orang bagi. Gara-gara nak elak dari di check polis trafik yang tengah tunggu di sepanjang  50 meter jalan depan sekolah , gergasi tu langgar my pulpy tanpa rasa bersalah.
Kaget dan terkejut..sampai tangan tak boleh nak pegang stereng kereta.terpaksa stop tepi jalan..anak pun tak sempat nak salam umi dia sebab masih lagi terkejut. Kesian nurul….
Kesian my pulpy juga. Luka agak teruk. Kalau pulpy boleh bercakap…mesti dah nangis sebab sakit ^_^
Kat sekolah pun program senamrobik seluruh Negara rasa tawar. Nak buat pun tak ada mood. Malu+ sedih. Malu bila ingat balik menangis depan polis trafik yang tengok kerete kena langgar.. sedih sebab tengok badan kereta separuh “hodoh” tapi set in mind…tahan emosi sepanjang kerja.balik nanti baru lepaskan perasaan.saya waras dengan tak menangis di sekolah.
Tapi sampai rumah letih+sedih=banjir, perasaan tak boleh nak tahan. Tak ada tempat nak mengadu. Angah yang tahu dari awal pagi cuba call tapi tak boleh nak angkat. Sedih menguasai diri sampai suara pun tak keluar. Abah call pun tak boleh nak cakap.menangis je lebih (emosi kan?)




Bercakap pada diri sendiri “ apa agaknya salah aku hari ni?”  “ ada buat salah pada allah ke hari ini?”  macam2 soalan datang dalam diri. berMuhasabah diri secara sendirian. Hakikatnya tak boleh nak cakap. Rasa menekan di dada.

Ya allah..ujianmu untuk ku hari ni…sedikit sebanyak membuka mata hatiku. Supaya aku rasa lebih dekat denganMU....supaya aku tidak bergantung pada manusia yang lain.

Ya allah..aku terima seadanya. Rezeki yang ada tumpah sebahagian setelah kau beli pinjam sebentar.  Nikmat itu kau tarik sedikit. Masih bersyukur kerana masih banyak lagi nikmat yg KAU beri padaku.

-terbang juga duit gaji bulan ni  :-(



0 comments:

Post a Comment