Pages

Powered by Blogger.

Tuesday, July 17, 2012

..:: Saya Gembira Untuk Dia::...


bismillahirahamanirrahim...

kami bertemu 3 tahun yang lalu. dia junior dan saya senior. kami di temukan di 1 bilik penginapan untuk 2 sem di kolej universiti islam antarabangsa selangor. 1 negeri memudahkan kami berkomunikasi.

bulan kelam banyak menyaksikan kisah kami, saban malam bertenggek di tepi tingkap tepi meja belajar saya.bercerita, bergelak ketawa dan sebagainya.

(meja study time belajar )

kisah cerita kami banyak simpul dan siuhnya. berliku2 namun tak ada penghujungnya. di akhir tahun pengajianya. kisah duka sampai di telinga saya. hanya doa yang mampu saya utuskan. kerana dia junior saya, adik saya, roomate saya dan kawan saya.

allah itu maha adil. allah itu maha berkuasa. mencipta sesuatu dengan hikmahnya. dia berhijrah...ya, dia berhijrah walaupun lewat . dia menyertai saya...dia mengikuti cara saya.  dan saya sayang dia...kerana dia adik saya.

hijrahnya saya iringi dengan doa. semoga dia istiqomah. sesuatu yang baik itu pasti ada ganjaranya. saban hari..cerita duka itu kami kongsi. ia mendekatkan kami kembali setelah saya tamat pengajian. saya hulur telinga untuk dengan masalahnya. saya tadah perasaan saya untuk di kongsi bersamanya.

kami sama. jalan cerita duka itu allah cipta sama. melaluinya dengan saling memberi dorongan dan dokongan.
saya hilangkan duka dia. dia titip semangat pada saya. alhamdulillah..ukhuwah kami bertambah erat.

penghujung syaaban. titian kasih kesyurga..menyaksikan penyatuan 2 hamba yang saya kasihi...dia junior saya...dia adik saya. hijab pernikahannya saya jahit dengan penuh rasa syahdu. saya bersyukur sang zauj bisa menghilangkan kisah duka dia. tolong sembuhkan kelukaannya..

saya tumpang gembira dengan penyatuan ini.

barakaallah Puan Noor Haslinda Azlini.

Doankan kami juga mengikuti jejak kalian berdua.

selamat bercinta hingga ke syurga. mencipta  titian ke syurga.



0 comments:

Post a Comment