bismillahirahmanirrahim....salam kasih sayang (agak emosi sikit minggu ni)
17 april 2012"ustazah,nak minta tolong boleh?"
"minta tolong apa?" rasa pelik bila pandang muka comel farzana
"nak minta ustazah beli buku kisah2 nabi..saya nak baca" minta farzana
"nak kisah nabi apa?"
"kisah nabi idris, saya tak pernah baca lagi" ini bermakna dia suka baca kisah2 nabi ^_^
"insyaallah, petang nanti ustazah beli" janji ana
"ustazah,saya nak kirim juga."
"buku apa aidil?" wajah campuran cina sudah terukir 1 senyuman
"buku himpunan doa harian,aidil nak amal macam ustazah ajar"
"petang ni ustazah beli"
bicara si kecil membuatkan ana tersentuh. seusia begini mereka sudah berminat dengan bahan bacaan yg mulia.
selepas waktu kerja, ana tunaikan janji dengan si kecil. cari keperluan dapur di econjaya (sekolah dalam bandar) dan masuk kedai buku muslim depan econjaya.
keletihan lepas kerja membuatkan pandangan agak rabun. di sudut rak islamik..ana terduduk kepenatan.baru nak buka mulut bertanyakan buku yg farzana dan aidil nak tiba-tiba ana hanya nampak buku "koleksi kisah-kisah nabi" sahaja di atas rak depan ana.ya allah..syukran.penat sangat sampai tak ternampak buku lain dah ^_^
alhamdulillah..rasa gembira sangat dapat memenuhi permintaan si kecil.
terdetik dalam hati, bila bergelar umi suatu hari nanti..ana nak ajar anak-anak jadi ulat buku2 islamik juga. sekrang pun kat bilik sendiri di rumah family..penuh rak buku.rasa nak tambah lagi biar jadi pustaka mini kat sudut bilik yg kosong bagaikan boleh tambah katil besar lagi 1.
semoga si kecil ini menjadi anak-anak yg soleh dan solehah walaupun berada di tenga2 generasi cina.
0 comments:
Post a Comment