BISMILLAH HIRAHMANIARAHIM….
Tatkata mendapat surat penempatan di sini..1 sahaja niat “lillahi taala…aku akn berkhidmat disini seadanya”
Dari pemerhatian..aku reda di sini..aku reda terdampar jauh dari hayalan dahulu.alhamdulillah..doa supaya dapat sekolah dalam Bandar allah makbulkan.walaupun nun jauh di penghujung negeri (Kelantan)
Perasaan di sini?
Suka sangat ^_^
-permasalahan dengan pihak pentadbiran di tolak ke tepi
Alhamdulillah…allah pandai mengatur disini. Meletakkan aku di sebuah sekolah yang rata-rata sahabat akan berkata “ eh,dapat sekolah cina?” jawapanku “Alhamdulillah allah menempatkan saya di sini”
Perbezaan budaya dan agama bukan persoalan (kata prof DR muhaya) kita sendiri yang perlu menguasai sesuatu yang tidak selesa itu.cuba letakkan zon tidak selesa itu ke tahap yang selesa. Buangkan segala anggapan negative.
Permulaan di sini…hanya allah sahaja yang tahu. Melihat hari-hari aku yang penuh suram. Segala yang biasa dilakukan bagaikan terhalang disini. Namun..alhamdulillah..segala yang negative itu aku letak di tepi.dan mengaharunginya dengan baik. Berkenalan dengan cikgu tan( ckg computer) sedikit sebanyak menghilangkan rasa segan berbicara dengan orang cina. Berkenalan dengan cikgu siew (jiran meja) cikgu goh (ketua rumah sukan) dan ramai lagi. Alhamdulillah walupun kekangan komunikasi…kami masih boleh bergurau senda (mengumpat tak masuk list) boleh belajar bahasa cina sikit dengan pelajar2 sehingga kini aku dalam proses menyusun kamus mini utk diri sendiri seperti zaman belajar di IPT dulu. Tiap perkataan baru yang di jumpai dan di dengari telinga..aku akn catat dalam kamus mini ^_^
Penghujung bulan3 JPN telah hantar seorang guru baru unuk menggantikan aku. *_* rasa sayang pula nak tinggalkan sekolah ni. Sekarang aku dalam proses pertukaran kesekolah lain.berkhidmat disini belum lagi sampai setengah tahun *_* .harap-harap bakal sekolah baru lebih baik dari sekolah ini.dan GB lebih bertoleransi untuk memudahkan system pendidikan dan pelaksanaan tugas aku nanti.
Apa yang aku dapat kat sini?
1- Sekolah cina menitik beratkan kesihatan dan kebersihan. Tiap2 pagi akan ada senamrobik untuk kecergasan pelajar-pelajar
2- Amat menitik beratkan ketepatan masa. Mesyuarat hanya akan dilakukan ketika waktu rehat.dan sepantasnya akan dihabiskan mengikut point2 yang ingin diberitahu.tak ada gurau senda yang berbasi-basi.
3- Kerjasama yang kuat.salin bantu untuk mencepatkan masa kerja
4- Tolak ketepi sifat irihati dan dengki mendengki. Best kat sini…cikgu2 akan saling tolong kalau kerja kita lambat siap.perasaan nak pujian di tolak ketepi.
Terfikir juga…kenapalah sekolah biasa tak amalkan perkara-perkara ni? Saling menepati masa..saling berdisiplin untuk men ‘cemerlangkan” lagi anak2 murid kita. Amanah pada diri dengan mengajar seikhlasnya.bukan mengajar sekadar memenuhi masa tapi ilmu tak sampai kepada pelajar.
5-pelajar2 diajar menjadi "ulat buku" jadi mereka tak buang masa dgn perkara sia2
Harap sangat sekolah baru nanti lebih berdisiplin.dan GB nya lebih bertoleransi dengan guru. ^_^
0 comments:
Post a Comment