gulai lemak ikan selayang
kurang rasa di tambah garam
ingatlah wahai adikku sayang
bahawa couple itu hukumnya haram
terbang tinggi burung layang-layang
hinggap sebentar di atas bata
ingat wahai adikku sayang
aurat wanita kecuali tangan dan muka
dedah sana dedah sini
anggota yang wajib kena tutup
apalah sangat hebat dipandang lelaki
akhirat nanti tetap terlingkup
tebu panjang di kerat-kerat
di simpan sedikit untuk raihan
ingat sikit wahai cik adik tentang aurat
amarannya sudah termaktub dalam al-quran
bubur nasi sangat lembik
amat sedap di makan dengan bendi
pakaian kita pakaian islamik
lambang maruah dan peribadi
jala ikan tepi sawah
tepi sawah pak abu banyak ikan
bawak motor laju bakal jadi arwah
saya cuma nak ingatkan.
pagi sabtu 20 april 2012 (time boring dalam kelas)
0 comments:
Post a Comment