Pages

Powered by Blogger.

Thursday, February 2, 2012

..:: Dunia BarU::...

assalamualaikum sahabat-sahabat..

selagi nyawa masih ada
nikmatilah dengan rasa bersyukur


Selamat datang ke IPG kota bharu

Melangkah ke dunia baru dengan status baru,
Alhamdulillah..proses pendaftaran ke institut pendidikan Guru berjalan dengan lancar. semua Dokumen tak ada masalah. dapat mentor yang sempoi dan sporting.Syukran TUan Haji Wali Zakaria atas kata-kata semangat.

lepas pendaftaran..ana perlu daftar masuk ke hostel yang terletak nun jauh di belakang maktab.alhamdulillah mendapat tempat di asrama puteri blok saidina khadijah. First time masuk..memang pening cari bilik. alhamdulillah..May (pelajar cina) dengan senyuman manis tolong tunjukkan bilik. dan makcik cleaner yang baik hati tolong ana angkat beg2 dan barang2 ke tingkat 3 tanpa lif. nasib baik baik tu ada. masalah tulang belakang banyak menyukarkan pergerakan dan kekuatan ana untuk angkat benda2 berat.sementelah peraturan asrama yang tak benarkan ahli keluarga masuk maka terpaksa ana bawa sendiri semua barang2 masuk ke asrama. terima kasih mak cik angkat barang2 saya ^_^

waktu turun ke bawah..adik2 tingkat 3 menyapa ana dengan mesra. alhamdulillah tak terasa asing sini walaupun ana insan yang asing.mengalu-alukan kedatangan ana dengan kata-kata yang baik sedikit sebanyak menghilangkan rasa sedih ana meninggalkan MRSM tumpat.

apa yang nak cerita..sepanjang 4 hari unduksi banyak membuatkan otak ana berfikir dengan kelajuan yang cukup tinggi.hehehe...

dari pemerhatian.. timbul banyak persoalan

1- Ustaz2 sekarang bagaikan kehilangan identiti. cara pemakaian berubah, dari segi pemikiran yang tak cukup kuat mempertahankan sesuatu dan dari segi tindakan yang Hm...ana fikir tak cukup syarat untuk di jadikan ketua keluarga.kopiah pun dah hilang dari kepala.

2-ustazah-ustazah sekarang juga tak seperti dahulu. Malu dah hilang, pemakaian juga tak jaga.malah kelakuan juga masyaallah..nauuzubillah. rata-rata penuntut diploma pendidikan seperti ana adalah lepasan Universiti.semua dah ada degree dan ada yang dah ada Master.

bukan semua penuntut ambilan jan 2012 seperti yang ana beritahu. hanya sesetengah tetapi tetap menimbulkan rasa takut dalam diri ana. terfikir juga..." Adakah nanti anak-anak ana dan sahabat-sahabat ana mendapat guru untuk anak-anak seperti yang ana lihat ini??" takutnya..ilmu yang anak-anak terima nanti tidak meresap dalam diri dan di amalkan.

kata-kata keji masih lagi jadi mainan bibir, pandangan tidak jaga,..ana tak yakin ustaz-ustaz ini boleh memimpin keluarganya dengan baik.

berhati-hatilah dengan kata-kata.
walaupun ana jenis tak banyak mulut
tapi otak ana masih boleh fikir dengan laju
dan mata ana masih boleh menilai
untuk memilih "menolak" apa yang anta lakukan.

mari kita sama-sama ubah diri kita
jika ada yang pincang.

salam sayang semua ^_^

0 comments:

Post a Comment