Pages

Powered by Blogger.

Saturday, February 18, 2012

..:: Tersepit di tengah-tengah Generasi Cina::...


assalamualaikum sahabat-sahabat..

tanggal 14 feb 2012...pertukaran ana ke sekolah jenis kebangsaan cina Yuk Chai kuala krai menjadi 1 titik perjalanan yang baru..masa dapat surat,doa dalam hati moga-moga dapat sekolah dalam bandar..alhamdulillah allah perkenankan.. hari pertama mencari sekolah di dalam bandar kuala krai, agak sesat sedikit kerana tak biasa dengan bandar kuala krai.

lokasi sekolah agak tersembunyi dari jalan lalu lalang masyarakat di bandar kuala krai.
tiba di sekolah..pejabat sekolah yang menjadi destinasi utama untuk penyerahan surat penempatan di sekolah jenis kebangsaan Yuk Chai. suasana sekolah nampak tak ada NUR ( sekolah cina ...biasalah)

di bawa ke persekitaran sekolah oleh penolong kanan sekolah yang baik hati dan murah dengan senyuman walaupun ana adalah insan yang serba serbi asing terutama dalam segi pemakaian dan corak pendidikan. tanglung penuh di bumbung sekolah,bilik darjah. tulisan cina pula merata-rata tempat ada (haiyya...ana tak faham maaa)
hm..terfikir sejenak, macam mana lah ana nak teruskan bidang pendidikan dan tarbiah di sini.

ana adalah guru agama perintis di sini selain daripada ustazah salwani yang memegang subjek pendidikan islam. terdapat hanya 4 orang guru beragama islam..ha?? terkejut bila tau fakta ni. sedikitnya.. pelajar melayu pula cuma 50 orang.


hari kedua, awal-awal pagi teguran ana dapat dari guru besar (perempuan)..

NO JUBAH
NO PURDAH

ana nak balik MRSMmmmmmm......

bayangan MRSM tumpat bagaikan melambai2 di mata ana. nampak muka pengetua yang baik hati..guru-guru yang suka membantu, pelajar-pelajar yang hormat guru dan persekitaran yang selesa untuk mencurahkan ilmu...

rasa terkongkong..
rasa nak nangis
rasa nak lari balik ke mrsm
rasa nak..nak..letak jawatan.

dalam banyak2 guru..kenapa ana terpilih di sini?
jawap kak sakinah: apa yang allah tentukan ada hikmahnya

dalam banyak2 guru kenapa ana yang kena mengajar di sini?
jawap kak tie: di sekolah mana tau akan ada pintu hidayah masuk islam

dalam banyak2 sekolah..kenapa ana dapat sekolah cina?
jawap kak aisyah: kerana amni paling layak di situ

dalam banyak2 tempat orang islam kenapa mak ayah hantar anak ke sekolah cina ni?
jawap kak nurul: sistem cina hebat kerana ambil dari orang islam..jadi kita perlu tunjukkan sistem kita yang paling hebat dalam dunia ni.

dengan alasan2 dari kakak-kakak yang memujuk..ana akan cuba bertahan.walaupun macam anak itik masuk kandang kambing pulak rasa. bila kambing bercakap sesama mereka..ana itik ini hanya diam dan senyum sahaja ^_^

AZAM DALAM DIRI

lepas ni nak beli kamus cina..nak cuba komunikasi dalam bahasa cina juga.barulah di namakan "guru yang fleksibel" seiring dengan perjuangan nabi muhammad s.a.w tak mudah putus asa.

tapi agak sedih sebab kat sekolah tak akan ada sambutan maulidur rasul. tak apalah..just selawat sendiri2 setiap hari..


apa-apa pun ana nak jadi yang terhebat...biar di campak kemana-mana pun hatta di gunung sahara. campak ke neraka tak masuk list ya ^_^

salam sayang semua.

3 comments:

  1. kuatkan dirimu sahabtku...yakin ade hikmah di sana...

    ReplyDelete
  2. insyaallah, segalanya baik2 saja...saya awal2 dlu pun rasa tekanan sgt, tak biasa...tapi alhamdulillah semua ok ja..budaya kerja mereka boleh kita belajar...cuma aspek agama dan sosial sedikit terbatas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohamadazhan.com: ya..tekanan banyak sangat di sini.paling tak tahan..GB suruh pelajar melayu mkn di kantin yg makananya adalah syubhah. nak nangis sbb tak sempat nak halang.

      Delete