Pages

Powered by Blogger.

Sunday, November 27, 2011

..:: sYukRan WaHai PenCipTaKu ::...





segala puji bagi Allah..tak terkata perasaan ini.tak tergambar apa yang nak ucapkan. bersyukur sangat-sangat apabila di bawah jagaan allah setiap saat ^_^

pengalaman konvokesyen. nasib baik tak buat perangai macam dulu2..
perangai apa? perangai kalau tak dibenarkan masuk, ana akan duduk luar je.macam yang berlaku kat kolej kediaman adik.bila pakgurd tak benar kan ana masuk sebab pakai purdah , ana rela tunggu dan bersembang kat luar pagar je walaupun panas.

apa yang berlaku semalam?

tengah berdebar-debar beratur untuk masuk ke dalam dewan, seorang staf lelaki datang menengur ' nak masuk nanti kena bukak purdah ya' macam kerek je. pastu acik staf disiplin cakap 'tak apalah..masuk dalam nanti baru bukak' alhamdulillah lepas.

saat alunan zikir bergema sebelum kami semua duduk, sorang staf perempuan pulak datang menegur ' bila orang besar masuk, bukak ya purdah' ana cuma angguk je. ^_^
then duduk dengan tak bukak pun.

sebelum bangun untuk beratus sebagai penerima ijazah, seorang lagi staf lelaki datang menengur.tapi ana hanya diam. dan fokus pada figura kat depan ana yang tengah sok sek bercerita. ah, tak kisahlah.

halangan terakhir..sebelum masuk pintu untuk naik stage. seorang lecture perempuan ( dari fakulti syariah rasanya) menegur 'kat kolej ni kalau majlis rasmi macam ni tak boleh pakai purdah jadi...'
'ok saya akan bukak bila naik stage nanti' tak sempat puan tu nak bagi 'tips' ana dah jawap awal2. kalau bukan kerana mama dan abah...ana dah keluar dewan.tak terima skrol pun tak apa.sebab memang dah sah ana graduan ijazah sarjana muda bahasa arab. ambil skrol cuma adat sahaja.

'kamu dah kahwen ke?' ek..kenapalah pulak dia tanya.
'belum lagi'
'Oo..kalau dah kahwin..nak bukak boleh mintak izin suami dulu'
ya allah...nyesal tak cakap dah kahwin.hehehe..kalau tak mesti ana akan bagitau
'hurm..suami saya tak benarkan bukak' hehehe...dalam hati je.

saat kaki melangkah naik tangga pertama stage..dengan berat hari, ana bukak juga.tapi hanya separuh.
dan melangkah ambil skrol 'tahniah salmiah' wah..lembutnya suara rektor. ucapan tahniah itu menghilangkn sedikit rasa terkilan tadi. mungkin sebab rektor nampak ana takut nak naik..jadi kata semangat itu yang diberi ^_^

kaki jejak tangga pertama terus ana pakai balik.fuh..selamat dan duduk dengan kalutnya..

demi mama..demi abah..ana korbankan satu perkara yang susah ana nak buat.
syukran ya allah..menjagaku semalam dan sebelum2 ini.
menjadi satu-satunya mahasiswi niqab tunggal semalam bukan mudah bagiku.

4 comments:

  1. sejuta tahniah buat enti.....
    fuhh...btul2 kuat dugaan yg enti hadapi semata-mata nk amik skrol...
    semoga thabat mncapai redha ILAHI..

    ReplyDelete
  2. syukran..dan alhamdulillah sangat2 sentiasa allah jaga. semoga niqabis diluar sana tak putus asa mempertahankan 'hak' kita.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ukhti..nasib kita sma je..demi mak ayah, mimi pun rela bkorban jap mase naik stage amik skrol.tapi cukupla hnya sekali saja..alhamdulillah da abis.. ;)

    ReplyDelete