Cha..sha..
semalam akak pergi pasar malam
teringin sangat nak makan nasi lemak yang biasa kita bei dulu
bila akak makan..akak nampak seolah-olah korang ada depan akk.
rasa payau sangat sebab itu hanya bayangan :-(
akak tengok 'abang' yang selalu awak usha tu jual roti john
tapi akak tak ada selera nak beli,
sebab tak ada orang nak kongsi dengan akak lagi,
tak ada lagi orang yang akan berebut-rebut habiskan roti 'majong' tu.
cha..
akak beli 2 potato spring besar semalam
bila nak makan..
akak teringat awak selalu usik akak
sebab suka makan banyak potato spring tu.
tapi semalam tak ada orang usik akak lagi.
sha..
awak selalu bawak balik nasi arab kalau keluar ngn shah
semalam akak bau nasi arab
tapi tak jumpa kat mana yg jual.
boleh tak awak bawak nasi arab tu lagi??
akak rindu korangg..
lepas tengok makanan yang biasa kita borong kat pasar malam tu.
kalau bulan puasa kita mesti beli murtabak dan air soya yang saiz besar.
dan semalam adalah 'lawatan' terakhir akak secara rasmi
sebab lepas ni akak tak datang dah kat sini
walaupun demam akak pergi juga
untuk kenangan yang terakhir sebagai mahasisiwi
kolej universiti islam antarabangsa selangor..
*nanti jangan lupa akak ya :-(
0 comments:
Post a Comment