Pages

Powered by Blogger.

Wednesday, September 7, 2011

..:: MuHasaBah DiRi ::..




allahuma solli ala' alihi wasahbihi wasallim..
la ila haillah..muhammadu rasulullah..

saban waktu meniti hari-hari yang sunyi tanpa cahaya itu.
maha suci allah..

bermuhasabah lah..

setiap hari ada sahaja yang menceritakan diri di landa dugaan, di himpit masalah diri atau persekitaran.

ayuh sahabat!!

kita kembali pada diri kita sendiri. jangan menuding jari pada orang lain. nilai diri kita sendiri.

aku ada buat salahkah pada allah?
aku ada buat allah murka kah?
aku lupakah pada allah sehingga allah menghantar ingatan ini?

jawapanya:

mungkin aku lalai dalam solat
mungkin jiwaku tidak cukup santapan rohani
mungkin aku jauh dari ibadat
mungkin..mungkin dan ...mungkin..

bermuhasabahlah!!

caranya??

bangunlah mencari allah di 1/3 malam
berdoalah moga ada sinar pada hujung lorong kehidupan
carilah kesucian diri.
moga rahmat allah bersama kita.

tidak ada manusia hidup tanpa masalah
tidak ada manusia bahagia dengan nikmat dunia yang sementara ini.

berpesan-pesanlah sesama kita.
jiwaku juga tidak sempurna.maka ku harus mengajak saudaraku yg lebih sempurna bermuhasabah bersamaku.

ada juga waktu jiwaku rapuh.
jiwaku lembut dan mudah patah.
tapi aku bangkit..merangkak..perlahan berjalan..dan terus mengatur langkah mencari arah yang benar.

syukran ya allah..
syukran kerana tidak meninggalkan aku sendirian dulu.
memberikan aku "roh" itu.

sahabat..
jika dugaan menimpa
anggap ia satu hadiah dari allah
satu peringatan..
bukan satu ujian yg sia-sia dan akhirnya buat jiwa kita rapuh di telan angin.

hadiah ku buat sahabat:
surah al-an'am m/s 128 ayat 1-3
ayat ini penawar kesedihan.

la Tahzan...La Tahzan..

0 comments:

Post a Comment