Pages

Powered by Blogger.

Tuesday, September 27, 2011

..::HaRi yAnG MenTarBiah SiKap SaBaRKu::..

Maha suci allah yang mencipta segala-segalanya. Allahu akbar ..segala yang allah cipta sememang penuh rahsia dan keistimewaan.

Peristiwa yang berlaku seolah-olah bertepatan dengan tajuk yang ana mengajar hari ini.”Doa penyeri kehidupan” ana berdoa semoga hari ini tidak letih, tetapi allah memberi ana masa yang padat dengan kelas. Inilah yang dikatakan..doa kita tak semestinya allah kabulkan segera. Walau bagaimana pun…ana bersyukur dengan apa yang allah bagi.

Hari yang mentarbiah sikap sabar.

Untuk hari isnin dan selasa ana perlu punch kad awal. Sebab kelas bermula jam 7.40. berbanding hari lain kelas bermula jam 9.25 pagi. Hari yang amat..amat…letih. 7.40 pagi perlu terpacak kat kelas tingkatan 2 patriotik. Tapi hari ni nasib agak baik sikit, sebab semalam ana dah tempah PSP (pusat sumber pendidikan) jadi Cuma perlu mengarah pelajar ke sana sementelah eletrik tak ada di blok akademik. 5 minit untuk cari nafas…dan terus mengajar 2 tajuk terakhir pendidikan islam. Alhamdulillah kelas dapat tamat tepat pada masa 8.50 pagi.

Naik kejap ke bilik guru yang ambil masa 10 minit dari PSP..sebab buku bahasa arab tingkatan 1 tertinggal. Baru je nak tarik nafas lega melihat jadual mengajar…satu “surat jemputan” menggantikan kelas ustaz nik abdul rahman yang MC hari ni ,tiba dengan aman atas meja ana. “ustazah kena ganti kelas ustaz nik hari ni” rasa nyaman suara KJ (ketua jabatan) menyapa telinga. Alamak!..baru nak p makan kat café. Dengan rela hati..ana angkut buku pendidikan islam tingkatan 4 dan keluar menuju kelas 4 telus.

Kelas 4 telus tak macam kelas ana yang lain. Pelajar terlampau ‘cerdik’…otak ana perlu berfungsi 100 peratus dengan laju untuk menjawap soalan-soalan yang agak reliven. Pelajar… oh pelajar usatazah tak larat dah nak jawap.

Jam 10.50 pagi sekali lagi perlu ke audi . Masuk sahaja ke audi tengok pelajar tak sampai lagi sedangkan sekarang kelas perlu bermula. Sabar salmiah! Mungkin tengah jalan.ana pujuk diri sambil tinjau meja depan audi. Apabila pandangan ana singgah di meja..alamak!! LCD mane? ..terpaksa ana turun ke tingkat bawah dan cari LCD dalam bilik teknikal. Alhamdulillah depan beg LCD tergantung nama ana di situ. Rupanya allah beri pelajar ana lambat ke kelas ana kerana LCD tak ada lagi atas meja. Bijak rupanya perancangan allah ini. Siap pasang je LCD terus pintu audi terbuka dan pelajar memenuhi kelas dengan aman. Hilang sikit rasa stress tadi .

Sejam kemudian..dengan langkah longlai ana lewat 5 minit ke kelas 2 unggul untuk subjek bahasa arab. Nasib baik TNC tak buat rondaan. ^_^ hilang penat tengok wajah-wajah bunga bersinar ceria dan dalam keadaan sedia nak ambil ilmu bahasa arab hari ini. Walaupun tapak kaki rasa sengal-sengal dah…ana cuba juga bertahan. Hari ini Cuma memberi contoh-contoh karangan bahasa arab sahaja. Dan menjawap soalan-soalan “dunia” seketika.

12.50 akhirnya..




Ana selamat duduk di kerusi biru yang lembut. Dapatlah kaki rehat dengan lama sebelum balik. Kemas-kemas meja yang tak serupa meja dah. Buku nota pelajar ana letak tepi dulu. 10 minit nak pejam mata kejap sebelum nak check peta minda panglima 2 madani. Tapi tak sempat kepala mendarat atas meja..sorang pelajar datang hantar fail yang berbalut cantik. “

fail apa ni? Pelik je Nampak”

“ustaz alwi suruh bagi ustazah”

“ustaz alwi??” kulit depan fail ada tulis penyelaras hafazan tingkatan 4. Ya allah!! Ana lupa ada mesyuarat jam 10 pagi tadi. Dah laa ketua tak ada p buat HAJI. sekarang kena berurusan dengan “ustaz alwi” plak. Gelap sekejap dunia. Tergiang2 suara k.unit agama ketika mesyuarat minggu lepas. “ setiap orang perlu peka”…”setiap guru perlu bersedia” ya allah..ya rabbi…bantulah hambamu ini. Dah la ustaz nik MC..kalau dia ada boleh juga ana buat muka tak malu p Tanya dia. Apalah nasib badan..jadi ustazah tunggal macam nilah. Bukan anak tunggal tapi ustazah tunggal di maktab ni

Hati kata..buat muka seposen bila lalu meja ustaz alwi (padahal meja dia depan ana je) esok buat muka sedih p tanya ustaz saiful.hahahah..bijak tak?
Apa-apa pun…syukran ya allah…bagi kelas ana lancar hari ni. Pelajar tak mengantuk, gurunya plak tak rasa lapar sangat(walaupun rasa sakit dada sikit hari ni),,, Alhamdulillah..

1.40 tgh hari ana angkut beg biru+beg laptob dan segala harta benda yang peting…turun berjalan 5 minit dan punch kad…^_^ selamat!
Time to restttttttttttttt!!!........................

2 comments:

  1. ustazah..^_^
    seronok pulak baca nota ustazah ni . ngee~ ;D

    ReplyDelete
  2. sekadar perkongsian yg pernah alami di MTM, syahirah.

    ReplyDelete