Pages

Powered by Blogger.

Friday, August 26, 2011

muhasabah


salam ramadhan buat sahabat-sahabat dan adik-adik yg sentiasa tak jemu membaca omomgan kosong ana. kenapa tak ucap selamat hari raya? ^_^ ana tak rasa nak beraya lagi sebenarnya. kenapa? sebab baca al-quran belum habis lagi. masih ada beberapa juzuk lagi yg berbaki.

mari kita bermuhasabah!!

sahabat-sahabat yg ana amatttttt.....sayangi.

ramadhan bakal berlabuh tirainya. terasa cepatnya masa itu berlalu.

orang alim mengatakan
"wahai ramadhan karem, duduklah lama sikit di sini"
"aku harus pergi kerana waktu ku sudah tamat" jawap ramadhan.

kata orang jahil
" cepatlah ramadhan ini berlalu..aku dah tak tahan berlapar hari2"
"kamu amat rugi wahai manusia, datangku membawa rahmat dan setiap amalanmu berlipat kali ganda ganjaranya" jawap ramadhan.

dalam golongan manakah kita?

dari satu sumber yg sahih (ana lupa dah)

mengatakan bahawa setiap penghuni rumah yg membaca al-quran di malam kelam, malaikat-malaikat di pintu langit bisa melihat sinar cahaya rumah itu dari jauh. allahuakbar..

kebiasaan waktu ana belajar dahulu..ana akan membaca al-quran(dalam bulan puasa) ketika menunggu waktu untuk berangkat ke dewan peperiksaan walaupun hanya sehelai kerana setiap ramadhan, ana akan menghadapi peperiksaan final.

waktu untuk membaca kalam allah itu bukan ambil masa yang lama. 5 minit sudah cukup. jangan sia-sia kan waktu luang itu sahabat-sahabat..

bukan amalan baca quran sahaja yg boleh kita lakukan..berzikir,bersedekah,menolong orang dan macam-macam lagi. allah akan gandakan pahala dihari biasa kepada berlipat kali ganda kepada kita.

jangan sia-sia kn wahai sahabat-sahabat..
allah sedang menawarkan "jualan murah" kepada kita sekarang ni.rebutlah..ambillah..

salam kasih sayang.
<3<3<3
ampun dan maaf andai ada ana buat salah.

0 comments:

Post a Comment