Setiap hari bekerja sebagai pemberi ilmu..memberi persoalan kepada diri ana sendiri. Kenapa? Bagaimana? Dan masihkah? …
Ilmu bagaikan benih. Jika tidak di baja dengan baik..benih itu akan mati. Tetapi jika di jaga dan di siram setiap waktu..insyallah..ia akan jadi pokok yang bakal memberi manfaat untuk kita. Begitu juga ilmu yang di perolehi sejak umur 3 tahun (mengikut kiraan diri ana)..setiap hari jika di amal..di ulang..di baca..insyaallah,hidup di berkati.
Bukan ilmu lain yang ana perhatikan.tetapi ilmu fardhu ain. Mengajar di sek men asrama penuh dan sekolah menengah ugama membuatkan setiap hari ana memerhati. Amat berbeza. Ada yang lebih baik dan ada yang kurang di sana sini..mungkin ada yang kata dan buat kesimpulan ana suka membuat perbezaan. Tetapi itulah hakikat.
Sekolah menengah ugama bagaikan cawan kosong yang dipenuhi air sedikit –sedikit setiap hari. Dan penghujung tahun gelas itu akan penuh dan mungkin juga ada yang limpah. Manakala sekolah menengah biasa@ asrama bagaikan gelas kosong. Setiap hari mungkin di isi sedikit dan mungkin juga tidak di isi langsung. Kemudian air itu di jaga supaya tidak tumpah sedikit pun. Sahabat faham ke apa yang cuba ana sampaikan ini?
Apa yang ana tengok, pelajar agama kurang amalkan apa yang di pelajari. Pernah dahulu ana ajarkan satu hadis mengenai solat awal waktu. Dan selepas waktu persekolahan..masa untuk solat berjemaah di surau sekolah. Tetapi apa yang sedihnya..ada segelintir pelajar agama lari dari solat berjemaah.sedangkan baru sahaja mempelajarinya. Itulah yang ana anggapkn sebagai cawan yang penuh. Penuh air itu sampai tumpah dan tidak cuba menjaganya. Dan sekarang pemerhatian ana pula di sek menengah, ana baru menceritakan fadhilat orang solat awal waktu pada waktu petang ketika itu tengah jaga bilik urusetia konvensyen maktab. Masuk sahaja waktu maghrib, pelajar2 lelaki terus minta izin nak keluar.bila ana Tanya..diorang kata..diorang telah dengar fadhilat solat awal jadi mereka nak kejar pahala itu.subhanallah..mereka terus melakukan ilmu yang baru mereka dengar tadi. Begitu juga dengan akhlak. Mungkin kena dengan pepatah yang orang sebut “bila ilmu terlebih ajar, sehingga ada yang jadi kurang ajar”. Pernah dahulu pelajar perempuan langgar bahu ana dan tanpa minta maaf terus berlalu macam tu je. Sudah hilangkah rasa hormat pada seorang guru? Sedangkan dalam pelajaran pendidikan islam ada memberitahu adab2 berguru.
Ana bukan kata pelajar sek men lagi baik. Tapi jika mereka amal dan hormat guru itu yang buat ana rasa malu. Kemanakah hilangnya “maruah” sek men ugama yang orang anggap medan ilmu akhirat,ingatlah pelajarku..apabila kita mati..di hadapan allah nanti akan di Tanya mengenai ilmu yang kita miliki tetapi tidak di amalkan. Rasanya pelajar sekolah menengah ugama lagi banyak pelajari ilmu akhirat. Tidakkah kalian rasa rugi tidak manfaatkan ilmu itu.
Contoh terdekat berita mengenai pelajar sekolah menengah agama falahiah yang melahirkan anak dalam tandas. Kemana hilang ilmu agama yang kamu pelajari. Ilmu tafsir yang menggariskan satu ayat “jangan kamu hampiri zina !” agaknya kamu letak ilmu itu dalam poket sehingga kamu berani berzina di bumi allah ini. Nauzubillah. Setiap hari ana tak jemu menekankan soal takut allah kepada setiap pelajar2 ana. Dan setiap usrah jumaat yang ana buat..ana tekankan soal ini.
ilmu juga bagaikan pokok. ia akan jadi sia-sia jika pokok itu kita tanam tidak berbuah. begitu juga ilmu. alhamdllh..setakat ini ana tak jemu mencurahkan ilmu yang ana ada.
ada juga sahabat yang bertanya kenapa ana memilih sebagai pendidik. kenapa? kerana ana dengki dengan ulama' dahulu.ilmu2 mereka kita amal dan pelajari setiap hari sehingga setiap hari akan sampai pahala kepada mereka. ana juga ingin begitu. semoga setiap ilmu yang ana ajar setiap hari..pelajar2 ana amalkan dan ingati sepanjang hayat mereka. ana nak pahala ilmu itu sampai kepada ana jika allah izinkan ana mati awal. insyaallah ^_^
salam mahabbah..
jangan lupa amalkan setiap ilmu yang kita miliki. kecuali ilmu karut marut.
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
entry yg menarik wahai mujahidah......
ReplyDeletedimana kita menuntut ilmu, sek ugama @ menengah biasa bkn ukuran utk kita jugde org....ttp, sygnya bg hamba2 ALLAH yg dibukakn hatinya utk brsekolah di sekolah agama tdk mngamalkan apa mrk bljr disekolah utk menuju medan akhirat...
"ilmu yg ada bkn utk diperam, malah patut dibiarkan ia mnjelajah semesta alam"
assalamualaikum,menarik sungguh entry kali ini,penuh dengan kata2 ilmiah..keep in touch!!
ReplyDelete