Hari ini indah dengan bau Ramadhan kareem menyapu muka. Menghirup udara segar dengan pemandangan pokok-pokok segar .
Wahai angin..
Alangkah sejuknya suasana hari ini…dengan tiupan lembut..
Sedamai perasaan aku hari ini…
^_^
Berita gembira!!...kak su dah nak kawin lepas raya ni..alhamdulillah kakak ku ini bakal bergelar isteri akhirnya.seminggu sebelum puasa pun ada sahabat-sahabat yang menghantar jemputan walimah. Insyaallah..ada kesempatan kita akan jumpa nanti. Menjemput sunat..tapi memenuhinya adalah wajib. Tak sabar nak tengok kak su macam mana.
Aku??
Masih begini..selesa macam ni ( tak tipu)..
Fobia pada perkataan “
PERKAHWINAN” masih lagi tebal dalam diri...
Walaupun ada orang cakap..perkahwinan akan menutup pintu-pintu fitnah, ya memang fakta yang tepat. Tapi..hurm.
Ada sorang akhi bertanya..kenapa fobia?? (fobia dengan lelaki+kahwin)
Aku ada banyak versi cerita fobia.
1) Aku ada sorang kawan perempuan. Dari kecik kami berkawan sehingga lah aku pindah sek ( masuk asrama) dan dia still kat kampung. Umur 19 tahun dia kawen dengan pakwe dia .2 tahun kemudian bercerai. Katanya..waktu kenal perangai laki dia lain..bila dah kawin, perangai panas baran + pemalas dan entah apa-apa lagi baru ada. 2 tahun hidup dengan sepak terajang, penampar free. Umur anak kecik lagi dia mintak cerai..berakhirnya perkahwinan itu.
2) Setiap hari…surat khabar jadi penyebab aku fobia. Kejut suami bangun solat pun kena tikam sampai mati, mintak duit belanja suami bagi sepak terajang..dan macam2 lagi.ngeri rasa…
Macam mana nak hilangkan rasa fobia ini? Ada sesiapa tahu??
Apabila ada akhi ingin mendekati..aku jauhi..kenapa? kerana setiap yang mendekati membawa harapan . hatiku tidak terbuka lagi untuk itu. Lagi pun istilah “berkawan” amat-amat aku jauhi. Kadang-kadang rasa takut allah murka..sebab dah banyak kali menghampakan hasrat orang. SAYA MINTA MAAF…*_*
Perasaan bukan seperti air. Rasa tawar boleh di tambah-tambah gula supaya jadi manis. Bukan juga macam aiskrim..tak cantik,kita boleh letak kacang banyak-banyak(kenapa makan jadi contoh ni??)tapi perasaan itu sesuatu yg rumit (sahabat kata aku ni cerewet). Insyallah..perasaan yg rumit ini hanya milik yg HAK sahaja. Siapa tidak rindu untuk membentuk keluarga sakinah? Siapa tidak rindu meramaikan umat nabi muhamad untuk menuju syurga? Aku juga ingin begitu.
Perkahwinan bukan boleh kita cuba-cuba macam nak beli baju di pasaraya, tak suka boleh tukar balik. Tapi ia bagaikan pakaian..baju+seluar. Tak ada salah satu pincang lah.( nak ckp lebih2 belum kahwin lagi)
Ada sorang sahabat berdoa..moga bulan puasa ini hati aku akan terbuka kearah itu.^_^ syukran yan.
Alhamdulillah..berkat doa enti ^_^
Bulan mulia ini menghantar sesuatu yg indah, syukran kerana memilih ana yg banyak kekurangan ini..(T_T)
Alhamdulillah..
0 comments:
Post a Comment