بسم الله الرحمن الرحيم
salam ramadhan karem untuk sahabat-sahabat semua. puasa penuh tak? jangan ponteng ya.^_^
cerita tentang terawih, ia satu ibadat yang hanya kita laksana di bulan barakah ini sahaja.ada ke kita buat dalam bulam muharam? tak pernah dengar kan? ana bukan nak cerita fadhilat terawih atau apa-apa sahaja tentang terawih. tetapi ana nak cerita mengenai apa yang berlaku dalam terawih.
berita hari ke-9 ramadhan atau ke berapa ramadhan entah, ana lupa dah..mengenai budak lelaki yang kehilangan jari akibat bermain mercun buatan sendiri. sia-sia kan? allah hadirkan dia kedunia ini dengan sempurna,tapi kerana kecuain sendiri dalam umur masih muda dia kehilangan jari.
Ana sendiri pun nyaris-nyaris menjadi mangsa mercun (tak main mercun tau)apa yang berlaku bila lepas parking kereta diluar masjid as-somadi( KG Geting) waktu tengah jalan nak masuk kawasan masjid tu...ada sekumpulan budak lelaki melempar mercun bola depan ana (kalau kena memang raya dalam hospital dah). hilang semangat nak solat terawih.mungkin kalau ana berjalan cepat waktu tu,esoknya masuk paper lah ana.
budak-budak ni tak tau yang kita sayang pada mereka (macam iklan je) kerajaan negeri sendiri dah edar risalah mengenai mercun tapi mereka tetap main juga.tak sayang duit betullah!. dalam surat khabar pun hari-hari cerita pasal orang putus jari akibat main mercun. agaknya budak ni tak makan saman (memanglah sebab diorang makan nasi..) waktu solat terawih pun bising dengan bunyi mercun. nak solat pun tak ada ketenangan T_T
kata kuncinya: nasib baik ana tak jadi mangsa mercun malam tu.kalau tak...
solat terawih pulak satu hal.
ni pesanan untuk diri sendiri dan orang-orang bersolat berjemaah.tak kira lah solat sunat ke wajib. tapi yang ana tengok jemaah muslimat ,semua bawa sejadah yang besar-besar. nak solat pulak tak mau rapat-rapat dengan orang. tau lah panas tapi nampak sangat ruang kosong yg ketara antara satu sama lain. ana pernah rapatkan sof, tapi makcik tu cakap.."makcik nak solat kat sejadah sendiri" cuba bayangkan..satu sof tu kalau di ikutkan muat jemaah seramai 25 orang..tapi disebabkan sejadah semua besar-besar, satu barisan cuma muat beberapa belasan orang je. kalau bulan-bulan lain...sof tak rapat setan duduk tepi kita..tapi ni bulan puasa..sape yang duduk tepi kita kat ruang kosong tu ek?.
apa-apa pun...ini pengalaman pertama solat terawih kat masjid as-somadi. setelah 8 tahun berapa di tempat orang. selain dapat pengalaman...ana juga dapat jumpa sahabat-sahabat sekolah rendah (sekolah kebangsaan geting 2) walaupun ramai yang tak kenal ana lagi..tapi best!.
selamat berpuasa semua dan selamat berterawih. rebutlah amalan-amalan mulia dalam bulan barakah ini ^_^
0 comments:
Post a Comment