الله اكبر yang menciptakan aku dengan sempurna yang mungkin..tak terdaya rasanya,mengingati apa yang telah berlaku.
sekencang bertiupnya fenomena DRAMA TAHAJJUD CINTA, bertalu-talu persoalan aku terima.ada yang berlandaskan akal dan ada yang belandaskan pemahaman.
untuk kesekian kalinya..aku rasa bersyukur sangat.saat taufik(kekuatan) allah datang, aku tidak berlengah-lengah dengan memakai kain kecik itu menutupi wajah. datangnya tanpa aku sedari. walhal..kain itu hadiah untuk sahabatku...ilham.tapi tanpa aku ragui..aku cuba untuk pakai..dan melangkah keluar dari rumah dengan kain kecil itu diwajahku.
ada yang bertanya.."ukhti pakai ni kerana diKUIS ramai yang sudah berani memakainya ke?" ada juga yang berkata.."mesti pakai kerana pengaruh cerita AYAT-AYAT CINTA kan"..DEMI ALLAH yang menciptakan isi langit..aku pakai bukan kerana antara sebab-sebab yang kalian fikirkan.
jika di ikutkan sebab pemakaian yang kalian fikirkan...pengaruh keluarga lagi hebat dari sebab-sebab tak logik kalian fikir itu...aku membesar dalam kalangan keluarga muslimat niqob. aku membesar dengan melihat ukhti-ukhti ku menutupi wajah mereka. tapi aku bukan membesar dengan paksaan jiwa memakainya. aku memakai kerana allah. aku memakai kerana aku malu..malu untuk mengangkat muka mendabik dada. aku memakai kerana aku mendapat pengertian ..dunia akhir zaman diliputi fitnah yang dijadikan mainan. yang maruah seorang muslimah di buka..dijaja..dijadikan bahan tontonan.
cuba kalian lihat sahaja iklan-iklan dalam "klon dajal" mahupun di pameran murahan tepi jalan (bersyukur dikelantan tidak ada) subjek utama tayangan ialah TUBUH wanita. berfikirlah sendiri..jika yang di tutupi bagaikan "hantu bungkus" ini di hina..di keji ,tetapi yang tidak cukup kain dan benang di agung-agungkan...islam kah kita??.
aku dah cukup letih untuk mempertahankan hujjah tentang pemakaianku.tetapi aku tidak letih untuk tetap begini.jika letih menjawap..senyum sajalah wahai sahabat-sahabat..mengata lebih-lebih kurang pula amalan kita.
untuk bakal zauji..jika anta terima ana begini..maka beginilah ana untuk hidup anta nanti. tidak ada fesyen B atau Fesyen c nanti..jangan mencorak ana mengikut Fesyen D atau apa-apa. kerana ana sudah meletakkan syarat sebegini dahulu.
buat sahabat-sahabat dunia akhirat..jangan memakai pakai suci ini kerana orang hatta kerana cerita atau kecantikan. tapi pakailah kerana keikhlasan kita..kita semua tidak sempurna..tetapi adakah kita ingin sentiasa hidup dengan ketidak sempurnaan ini?? maka berubahlah seiring dengan pemakaian kita. yang couple...jauhkan. yang solat jarang-jarang...istiqomahkan. untuk kebahagian dunia akhirat kita.
0 comments:
Post a Comment