ini mama ana, nama puan Noorizan abd aziz. umur??..hehehe rahsia. kerja? mengajar.
pada ana,setiap hari adalah hari ibu sejak mama lahirkan ana 23 tahun yang lalu. sebab kehadiran ana buat hidup mama dengan abah lebih bermakna selepas berkahwin 4 tahun( tua dlm perut mama kata)
apa yang tak boleh ana lupa mama buat ialah, setiap kali adik beradik ada imtihan mama akan baca al-quran dari awal jam hingga habis kertas. mama akan buat solat hajat setiap malam atau setiap pagi sebelum kami menghadapi imtihan. amalan mama berterusan sehngga ana habis ijazah sarjana muda bahasa arab dan angah masuk usim.syukran mama.
waktu masuk asrama dulu (PTAK) setiap kali abah datang bawa makanan, mama mesti kirimkan surat supaya ana belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik.sampai sekarang surat tu ana masih simpan.mungkin untuk tunjuk pada anak-anak nanti. insyaallah ana akan buat seperti mama bila ada anak-anak nanti.
kegagalan mencapai target SPM dahulu, mama serikn dengan kata-kata semangat. mama bagi dorongan. sehingga kini ana masih ingat.
syukran mama sebab besarkan kami, tarbiah kami..
p/s- selamat hari ibu juga buat maklong, makcik, dan semua mak-mak di dunia ini.
along,angah, abang, pie dan adik sayang mama.
0 comments:
Post a Comment