Salam mahabbah fillah buat sahabat-sahabat tercinta, adik-adik tersayang serta kenalan yang begitu ana hargai.syukran kerana mengasihi diri ini, dan ana sendiri begitu mengasihi kalian semua.
Sekadar pengkongsian untuk renungan semua….
Seharian berjalan, menikmati hidup ini. Pernahkah kita berfikir..apa yang telah kita lakukan dalam hidup ini? Sudah layakkah kita bergelar muslim atau muslimah yang sejati? Bukan muslim atau muslimah sekadar warisan.
Jika ya jawapan kalian, senaraikan amalan seharian anda. Adakah sekadar bangun diwaktu pagi, tunaikan solat subuh dan berakhir dengan solat isya’ sahaja? Atau..makan tika lapar dan tidur tatkala mengantuk?.
Dunia hanya persinggahan sementara. Ia Sebuah kepulauan kecil untuk kita kutip bekalan meneruskan hidup di tanah besar yang menjanjikan kehidupan abadi. Ada yang berhijrah saat ini..subhanaallah…ia sempat berhijrah sebelum nyawa dihujung halkum. Yang belum berhijrah? Bantulah ia..untuk sedar..untuk buka mata melihat dunia yang sebenar.
Sedarlah wahai sahabatku..
Kita sedang menghampiri dunia yang kekal. Dunia akhirat yang menjanjikan balasan dan hari penilaian amalan kita di dunia ini. Hari yang bakal kita bertemu allah dalam keadaan rumah kita syurga atau neraka.nauzubillah…hendaknya kita mendapat rumah syurga di SANA nanti. Tetapi cukupkah amalan kita untuk di bawa ke dunia abadi itu? Ya ALLAH…tak terjawap dan tak terdaya rasanya mengingati setiap amalanku. Cukupkah YA ALLAH amalanku?..
Muda atau tua tidak kira usia bakal dijemput allah juga. Seharusnya kita menghitung setiap saat masa kematian. KEMATIAN sedang mengejar kita wahai sahabat-sahabat. Sedarkah kita? Setiap langkah cepat atau lambat..kematian sedang menunggu. Tak terfikir perkara dunia jika kita lebih takutkan mati. Kematian tanpa diduga sering kita dengar setiap hari. Beberapa saat tadi sihat dan sesaat kemudian ajal menjemput pula.masyaallah…bagaimanakah keadaan kematian kita? Adakah dalam keadaan mulia atau dalam keadaan hina?..
Kematian tanpa diduga juga menjemput sepupu ana tanpa sempat otak ana berfungsi dengan baik. Jam 9.30 dia membuat panggilan dan 10.00 pagi kemudian kami yang menerima berita kematianya pada 2 hari sebelum umat islam menyambut hari raya Aidil Adha tahun lalu, dalam suasana yang agak pilu adik-adik arwah di tinggalkan tanpa tempat mengadu tatkala kedua orang tua ditanah suci . Hurm..kematian yang tak terduga saatnya. Cepat atau lambat tetap menjemput kita. Berita sebegini sememangnya mengundang rasa terkilan mungkin di hati kita.tetapi kita seharusnya reda dengan setiap ketentuan.Semoga allah merahmati arwah mohamad zulhilmi ibrahim(Qari negeri johor).nantikan kedatangan amni diSANA ya.
Tanda-tanda kiamat kian jelas sahabat-sahabat. Peristiwa terdekat ialah tsunami di jepun yang menghancurkan 90% Negara terknologi tinggi itu. Allahu akbar,,,betapa besarnya kuasa allah. Walaupun jepun menyediakan alat pengesan tsunami tetapi kuasa allah lebih hebat dari kuasa manusia. Tanda peringatan allah itu jelas kepada kita supaya ingat amaraNYA. Ingat kuasa hebatNYA yang tidak sama kuasa manusia. Allahu akbar..allahu akbar..
Beringat-ingatlah wahai sahabat-sahabat, adik-adik serta pembaca. Kita bakal menghampiri garisan penamatnya. Semoga yang terbaik buat kita. Bersama amalan yang cukup, maka dapatlah kita menebus kupon pahala untuk pas masuk rumah syurga abadi kita di SANA.
mohon share ^^
ReplyDeletetafadhol ^__^
Delete