Pages

Powered by Blogger.

Sunday, February 13, 2011

bulan kasih sayang…




Alhamdulillah…bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi pinjam kurniaanya ini secara percuma iaitu “nyawa” . sahabat-sahabat dan adik-adik pernah dengar ke nyawa ada jual di kedai? ^_^ tak logic betul. Oleh itu kita perlu sentiasa mensyukuri segala nikmatNYA yang di beri secara percuma ini. Alhamdulillah juga… sehingga ke bulan februari ini, ana masih lagi sihat menjalani kehidupan di bumi barakah ini. Bulan kasih sayang.

Mungkin adik2 akan fikir, ana ingin melanjutkan tentang “valentine day”. Rasanya tak perlu ana ulas banyak-banyak tentang valentine day. Kerana semua sedia maklum ia bukan budaya agama kita dan sememangnya tidak memberi apa-apa faedah pun kepada kita untuk meraikanya. Kerana dalam budaya valentine day..ada banyak kerugian.

1) Membazir je beli hadiah mahal2 kepada orang yang bukan hak kita yang kekal. Bukan suami, bukan juga isteri. Bagi ana kasih saying untuk di rasa bukan untuk di pamer dengan kebendaan.
2) Membazir masa. 14 februari, setiap pasangan memperuntukkan masa seharian untuk meraikanya. Dari pagi hingga ke malam. Jika tidak di penuhi, insyaallah… si pasangan akan merajuk dan yang lagi teruk akan minta putus gara-gara lupa wish, lupa beli hadiah dan lupa untuk meraiknya.
3) Merugikan maruah. Kenapa? Kerana setiap malam valentine day… angka anak luar nikah meningkat. Anak yang bukan sah taraf. Kadar peratus maksiat juga meningkat pada malam itu. Dimana-mana sahaja akan ada pasangan “monyet”.


Apa yang maksudkan dengan bulan kasih sayang adalah..bulan untuk memperingati dan meraikan sejarah kelahiran pemimpin agung, pembawa Nur seluruh alam ini dan utusan Allah yang terakhir. Iaitu rasulullah s.a.w pada 12 Rabiul awl.. adik2 dan sahabat ingat tak tarikh itu. Insyallah..semua sahabat ana ingat tarikh keramat itu. Adat keluarga ana, setiap malam 12 rabiul awal…kami semua akan berkumpul ramai-ramai. Membaca al-quran, berselawat keatas junjungan nabi dan ayah ( datuk saudara) akan membaca satu kitab tentang kelahiran rasulullah dengan penuh kesayuan. Airmata akan mengalir mengiringi setiap cerita itu. Allahu akbar….ana rasa rindu untuk mengulangi adat keluarga kami. Insyallah jika panjang umur tahun depan akan mengikuti semula adat itu.

Terasa lama rasulullah meninggalkan kita tapi seruan baginda kekal hingga ke hari kiamat jika kita mengamalkanya. Sahabat-sahabat dan adik-adik tau tak macam mana nak zahirkan rasa cinta dan sayang pada Rasulullah s.a.w?? cukupkah sekadar berselawat setiap 12 rabiul awal?? ..jawapan ustaz ana dulu..tanda cinta dan sayang kita kepada baginda adalah..kita mengikuti sunnahnya, ajaranya dan apa yang allah turunkan kepadanya. Jika al-quran jarang di sentuh apatah lagi untuk kita membaca buku-buku hadis nabi. Cerita al-quran, ana pernah menangis melihat seorang adik, yang hanya menyentuh al-quran pada awal semester dan akhir semester. Itupun kerana ingin mengemas barang untuk di bawa balik. Selebihya..al-quran itu menjadi hiasan di bawah meja sahaja. Begitu juga pengantin hari ini yang meletakkan al-quran sebagai barang hantaran. Al-quran yang mahal dan amat cantik hanya menjadi hiasan pada hari perkhwinan. Selebihnya ia menjadi barang pusaka di dalam almari..Seperti yang kita tahu, al-quran adalah mukjizat nabi yang allah berikan. Walaupun para sahabat nabi yang mengambil usaha membukukan al-quran tetapi al-quran itu tetap ayat dan maksud yang sama ,yang di turukan kepada nabi.

Untuk menghargai insan yang kita cintai dan sayangi..contohnya ibu bapa, adik beradik, pasangan dan mungkin sahabat-sahabat kita, pendapat ana kita tak memerlukan bulan khas untuk mempamerkan rasa fitrah itu. Setiap hari kita perlu menghargai mereka. Menyayangi dengan penuh keikhlasan. Perhatian yang penuh sebagai kita menghargai insan-insan tersayang. Jika bertanya kepada ibu bapa kita, antara hadiah dan kehadiran seorang anak, yang mana lebih mereka gembira? Semestinya kehadiran seorang anak yang soleh-solehah lebih gembira buat mereka. Tidak perlu membeli barang-barang mahal untuk tunjuk kasih sayang kita. Mama ana pernah bagitau.. buat apa beli barang2 untuk dia, kerana barang hanya objek kaku. Tapi kasih sayang anak-anak yang mengembirakan perasaan mereka.

Loving couple…satu istilah yang hmm…hargailah ibu bapa dan adik beradik anda dahulu sebelum lebih menghargai pasngan anda . yang belum tentu kekal ke syurga orang kata. Tunang pun belum tentu lagi kekal kerana ada yang jodoh tak sampai. Kasih sayang ibu bapa lebih mulia dari insan yang kita baru kenal..hargailah..sebelum kita tak sempat untuk menghargai mereka.

• Along sayang abah. sayang mama. sayang angah, abang, pie dan adik. Tiada yang lebih utama dari keluarga dalam hidup along.. ^_^

1 comments: