Salam kerinduan buat sahabat-sahabat,adik-adik yang disayangi. Adik Aziela di uitm dungun, adik nadira di pahang (kalau xsilap), ilham di usim , wani di kaherah jamiah medic dan sahabat-sahabat dan adik-adik yang sentiasa doakan ana ,sentiasa mengikuti perkembangan ana syukran jaziila ana ucapkan. Buat insan yg berada ditanah arab, syukran aidhan ( hadiah tu ana dh terima).
Agak lama xpost apa-apa kat blog ni. Sehingga ada sahabat2 tanya? Dh tak berminat untuk aktif blog ke? Bukan xberminat tapi kekangan masa amat di kesali. Setiap hari ustaz-ustaz dengan senang hati, bagi kami kerja-kerja baru (tipulah kan kalau tahun akhir xsibuk? ) . setiap hari tidur hanya 2-3 jam sahaja. Sehingga selera makan pun makin kurang ( ^_^) .
sebenarnya banyak benda nak cter. Nak kongsi dengan adik2,sahabat2...tapi dah lupalah.
Ok, sekadar yang ingat sahaja ana akan cter. Dugaan tahun akhir xyah citer lah. Dah banyak air mata gugur saat hati mula terusik. Hehehe..sampai sohabati (nur alyani) “terpaksa” menerima mesej2 ana tengah2 dia pening buat tesis ( ana xtahan sangat ). bak kata ustazah hairu najwa , sebelum kita melangkah kedunia pekerjaan..persediaan fizikal dan mental perlu di titik beratkan ( ustazah mcm tau je ana sensitif). Kalau x, hati sentiasa sakit je dengan perangai orang sekeliling. Nak2 lagi kalau yang suka cakap lepas (0pps...ter'sebut) nasib baik ada kesabaran yang tinggi lagi.kalau x...memang ana langgar2 angin dah (hehehe). Paling kurang buat keja bodoh...duduk kat tangga lama2, termenung kat tasik ber jam2...sampai tulang belakang sakit baru balik.
Tahun akhir juga...satu hal yang menghantui minda (macam misteri je)..keluar nanti nak keja apa ye? Nak keja kat mane?..dan berbagai-bagai lagi. Tapi setelah mengikuti usrah , kata kak umi..kita perlu percaya bahawa rezeki ada dimana-mana dan allah telah menetapkan. Usaha sahaja yang perlu kita lakukan untuk dapat yang terbaik.JANGAN RISAU.Ana kagum dengan kak umi. Graduan berkelulusan ekonomi universiti di u.s , pulang malaysia dengan hanya membuka kelas KAFA. Kata kak umi, dengan buka kelas KAFA..masanya lebih bernilai. Dapat memantau aktiviti dan masa anak-anak. (Bestnya kalau dapat suami yang memahami)...sehingga kini kak umi mengurus kelas kafa dengan membuka kelas kepada kanak -kanak di sekitar perumahanya. Lebih-lebih lagi orang berniqab seperti ana. Pernah seorang sahabat menakut-nakutkan ana, bahawa dengan berniqab susah mendapat kerja. Ceteknya pemikiran itu. Rezeki di Tangan ALLAH...sesiapa yang menjaga agamaNYA..DIa akan menjaga orang itu...jadi,ana bila keluar nanti akan cari tempat yang tidak memaksa ana membuka perisai ana ini. Yang boleh menerima ilmu yang ana belajar. Cukuplah hanya ALLAH tempat ana bergantung.
Setiap hari juga kami (ana ngan aisyah je) dibilik P9 707D ,akan meluahkan rasa yang agak sedih. Ana baru terasa yang kami baru berjumpa, baru berkenalan, baru menjalinkan perasaan kasih dan sayang seorang mukmin. Tetapi masa terasa cepat berlalu. Aisyah akan bawa diri ke universiti yang lain pula. Dan ana akan berkelana di bumi allah ini menanti saat pengajian yang baru. Sedihnya (T_T) kami lepas ni bukan lagi penghuni bilik ini. Bilik yang banyak melihat kami suka dan duka saat bergelar mahasisiwi kolej universiti islam antarabangsa selangor ini. Bergaduh, bergelak ketawa bersama-sama sehingga ana rasa kenangan itu ana akan ingat sampai bila-bila. Cha..lepas ni jangan lupa akak. Selalulah ingat kakakmu ini..yg selalu kena buli (akak tau lah akak kecik) sha..lepas ni kita dah xboleh main tarik-tarik rambut lagi (dia selalu jeles tgok ana main game)..wani..akak tau akak selalu usik2 wani..dan jiran-jiran sebelah. Maaflah kalau ana ada tegur benda yang menyakitkan kalian. Waa....!!!!!!!!!!!! lepas ni dah xboleh dengar korang bebel lagi kat akak. Xde sape lagi nak dengar akak bercerita , xde dah orang nak baca buku-buku yang akak beli..semoga kita berjumpa lagi adik2 ku...(rasa nk nangis dah ni...) akak sayang kalian...kalianlah adik2 akak ..^_^
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
0 comments:
Post a Comment