manusia berasal dari perkataan naasian.yang bermaksud lupa.dalam perkataan arab ناسيا yang juga bermaksud lupa.
Jika dahulu mantan perdana menteri malaysia pernah berkata,melayu cepat lupa.salah tu...yang cepat lupa adalah makhluk bukan bangsa melayu.dari perkataan manusia juga yang bermaksud lupa.menusia cepat lupa asal usul, siapa pemilik alam dan bumi,cepat lupa apa yang dipelajari dalam rahim,cepat lupa perjanjian dengan pencipta yang AGUNG di alam rahim.
Kenapa cepat lupa?? kerana kehidupan ,persekitaran dan kesenangan yang di miliki tanpa menyedari, perjanjian dulu sudah jauh di tinggalkan.
Manusia kian alpa.berjalan dibumi allah tanpa berpaling mengingati sejarah dahulu sebagai pedoman.kalian lupakah azab yang allah turunkan pada Qarun? Pada firaun? Pada kerajaan parsi yang berkuasa?...jangan di lupa sejarah itu wahai manusia.firaun di turun azab tatkala dia lupa bahawa ada lagi yang berkuasa di alam ini.Qarun lupa dari siapa rezeki itu datang,, dan kerajaan parsi lupa bahawa allah boleh menghancurkan kerajaan yang kuat sekelip mata sahaja.
Sejarah adalah guru pada kehidupan.jika kita meninggalkan sejarah manusia ,kita akan sentiasa jahil dalam kehidupan.
Masalah sosial juga berlaku kerana manusia sudah lupa.lupa pada ayat yang allah turun kan. “manusia adalah khalifah,jika bukan khalifah pada manusia,mereka tetap khalifah pada diri sendiri” tapi kenapa kalian lupa? Lupa memandu diri ke jalan yang allah tunjukkan melalui akhlak utusannya?..allah menyayangi kita dengan menghantar utusan sepaya kita tidak sesat.tapi kenapa kalian meminggirkan ajaran utusan-NYA???.
sedih melihat berita saban hari. BUANG BAYI, BUNUH KELUARGA , ROGOL ,dan KECURIAN ..kes2 yang berpunca dari remaja.atau dengan kata lain DI BUAT OLEH MANUSIA yang allah bekalkan otak supaya membezakan antara haq dengan batil. Kerana lupa menggunakan otak sebaik2 nya,jalan manusia menjadi semakin kelam,hitam dengan dosa dan daki dunia.kadangkala ana benci pada dunia. Kerana membekalkan kehidupan .tapi ia takkan berlaku jika manusia itu TIDAK LUPA pada PENCIPTA kita.
Sikap fitrah manusia pada kelupaan dapat di ubati jika ada kesedaran.jangan kita sedar saat nyawa di hujung halkum.dan pandangan kian kelam .sedarlah...bahawa ALLAH TAK PERNAH LUPA SIAPA HAMBANYA....
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
0 comments:
Post a Comment