berita gempar pada pagi isnin yang lalu.di dada-dada akhbar memaparkan berita mengenai seorang bayi di buang di tapak pembuangan sampah, ipoh.dalam keadaan kebiruan bayi ini di temui kerana kesejukan akibat hujan lebat yang melanda malam itu.masihkah kalian ingat berita mengenai bayi yang di buang di dalam tong sampah,di bakar lagi untuk menghilangkan bukti.allahuakhbar!! sudah hampirkah pada kiamatmu ya ALLAH!!
Apa punca masalah ini?? kerana lupa pada ayat allah yang memberi amaran di dalam kitab suci allah. (لا تكرب الزنا) yang bermaksud : jangan kau hampiri zina.jangan kau hampiri zina didefinisikan, *jangan memulakan,jangan mendekati dan jangan buat.zina yang di maksudkan sebagai permulaan ialah zina mata.pandangan yang tidak di jaga membawa kepada keinginan dan tidak dapat mengawal nafsu.jika di lihat zaman ini,pelacur murahan ramai di kalangan profesional,pelajar dan orang awam.tidak perlu ke tempat tertentu untuk melihat pelacur2 sebegini.sifat malu pada manusia sudah hilang.hilang ditelan zaman yang kian maju pada sistem teknologi tapi mundur dari segi akal pemikiran yang allah kurniakan.
Kenapa ia berlaku?? kerana lemahnya sistem perundangan islam.sekarang sistem perundangan barat di agung-agungkan sehingga menenggelamkan identiti orang islam.bukan sahaja masalah sosial yang melanda negara kita tapi masalah lain yang dikira, hanya dengan sistem perundangan islam(hukum hudud) sahaja dapat menyelesaikan.kenapa menetepikan hukum islam hanya kerana atas nama politik??..islam ada di mana2,bukan atas nama politik!!.Rasul kita sendiri mengamalkan islam di dalam sistem politik,pendidikan,perniagaan dan sistem perkahwinan.hukum hudud insyallah,akan memberi kesedaran kepada masyarakat.juga mengurangkan masalah sosial dan jenayah yang kian meningkat.
Lemahnya juga sistem pendidkan agama di institusi pendidikan,di dalam diri.apabila lemahnya ilmu agama di dalam diri,mudah sahaja syaitan menguasai kita.seburuk-buruk sekolah agama rakyat,ilmu yang di bekalkan insyallah, menjadi bekalan apabila keluar di dunia yang nyata.tapi berbanding sekolah menengah biasa hanya menumpukan kepada sistem pembelajaran akademik bukan kepada pendidikan islam.jika bukan di sekolah,dimana lagi harus ilmu agama di tekan kan??? jika cermah di masjid2 perlu dahulu ada lesen,perlu dulu ada teks yang di pantau oleh pihak-pihak tertentu.harus di mana lagi??.
lemahnya juga sistem kekeluargaan.sumbang mahram yang mencetuskan pembuangan bayi berpunca dari lemahnya sistem keluarga.keluarga yang berpecah,keluarga yang jahil,keluarga yang yang tidak mengamalkan pendidikan agama.GOYAH!!! HANCUR!! anak-anak akan terbiar dan terpengaruh dengan masalah sosial.berapa peratuskah keluarga yang benar-benar mengamalkan islam??berapa peratuskah ibu bapa yang mengajar anak-anak mereka mengenai islam?? jika di lihat hari ini,kebanyakan ibu bapa lebih mudah menyerah tanggungjawab mendidik kepada pihak tertentu tanpa memantau sendiri.YA...SIBUK! Satu alasan yang di berikan.
DUNIA MAKIN MENGHAMPIRI KIAMAT.tanda-tanda sudah jelas kini.ya allah..begitu jahil kaumku,bangsaku....
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
0 comments:
Post a Comment