Salam kasih sayang buat sahabat-sahabat dan adik-adik..
kita “di dunia” yang sama ilham. Dunia yang buat ana merasai apa yang kita impikan tahun 2005 dulu,kira-kira 4tahun yang lalu.walaupun agak terlewat dari enti,tapi alhamdulillah..ana sempat merealisasikan sebelum mengadap pencipta yang AGUNG.
Agak kekok juga tatkala kain kecil yang di panggil niqab ada menutupi wajah ana.tapi ia tetap tidak menjejaskan aktiviti ana.rasa tenang sangat.tenang yang tidak pernah ana dapat tika keluar kemana-mana.
Dengan niqab,bertudung,berjubah dan bersarung tangan,ana tak runsing lagi bila keluar dari bumi kolej universiti islam antarabangsa selangor.mudah bila naik train.kenapa menjadi mudah?? hm..tangan tidak lagi bersentuhan dengan ajnabi di dalam train.muka tidak lagi menjadi santapan org2 asing yang kadangkala menakutkan ana.walaupun ada yang seringkali keliru dengan penampilan ana tapi tak apa lh.semoga antunna akan memahami nanti.
Dalam bidang kerjaya,aktiviti dan organisasi sering kali orang mengatakan payah pada muslimah yang berniqab.kenapa payah?? hutan melaka ana sudah jelajah dengan penampilan ini.tidak ada payahnya.antara nak dengan tidak sahaja..malah jurulatih lagi memberi galakan.tidak menyekat pergerakan dan aktiviti.syukran sebab mengerti.ana berbangga dapat menunjukkan kepada dunia luar,muslimah yang menutup aurat secara sempurna juga boleh membuat aktiviti lasak..malah jika di izinkan suatu hari nanti ,gunung everest ana akan jejaki.insyallah...
Alhamdulillah,banyak sokongan yang ana dapat.dari adik2 sehingga kakak2 yang mengerti.tidak lupa sahabat2 yang segolongan kecil tahu “penghijrahan” ana.jangan nanti diorang lupa sahabat mereka ini sudah menjadi “ninja”.mengertilah sahabatku...
jika dahulu ana lah perisai ilham tatkala dia mula ragu2 atau takut menghadapi dunia luar.tapi kini kita sama kan?? enti lah sayap kiri dan ana sayap kanan dalam penerbangan kita.sama-sama bertahan hingga dapat mendarat dengan sempurna pada landasan yang di tentukan allah hendaknya.
Ya ALLAH..kuatkanlah hati-hati kami dengan dugaan yang bakal datang
0 comments:
Post a Comment