Assalamualaikum wrt. wbt.
Ana sedang menaip semua DALIL WAJIB dan TIDAK MEWAJIBKAN BERPURDAH ni, banyak sangat*-*. Doakan ye!
“ Sesungguhnya wanita itu aurat.”
( Hadis Riwayat al-Bazar & at-Tarmizi)
Bismillahirrohmaanirrohiim.
Setinggi2 kesyukuran ana rafakkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya memberikan hidayah dan kekuatan beramal dan menyampaikan bagi diri yang hina ini. Selautan cinta dan kasih sayang buat-Mu ya Rob yang tak sedikit pun dapat menyamai kecintaan dan kerinduan-Mu buat diriku yang hina ini.
Puisi buat Allah, Tuhanku, Kekasih hatiku, Sahabatku, Dambaanku:
Meskipun semua makhluk menentangku,
Tidak mengapa, wahai Sahabatku yang Manis,
Kerana hanya Engkaulah satu-satunya,
Yang kupilih, yang kupuja.
(Tafsir Al-Anshari, Ringkasan Amuzegar, jilid 1, hal. 446)
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia kekasih Allah, penghulu segala Nabi, Rasulullah s.a.w yang begitu kasihnya Allah buat Baginda hingga sekali selawat kita ke atasnya, maka sepuluh kali Allah selawat ke atas kita. Begitu juga selawat dan salam buat para keluarga dan sahabatnya yang mulia sekalian.
Untuk semua yang beriman kepada Allah dan berpegang pada al-Qur’an dan as-Sunnah.
Specially untuk sahabat2 dan adik2 MUJAHIDAH PURDAH yang seorang demi seorang mula menabir wajah kerana Allah. Especially untuk ehm..ehm..seseorang yang special yang pagi tadi SMS ana, *-* buatmu adik2 kak yang dikasihi, beramal dengan ilmu ya. Moga kain kecil ini mendekatkan dirimu kepada Penciptamu yang Esa..
Sesungguhnya tabir ini ada kalanya melemaskan, merimaskan, menyukarkan, melukakan hati, namun kerana Allah kugagahi, kerana siapalah aku ini tanpa kasih sayang dan rahmat-Nya. Subhanallah, kesusahan ini mendekatkan aku dengan perasaan mengingati kematian dan akhirat. Kelemasan ini membuatkan aku selalu bersama-Mu dan mengingati-Mu dalam setiap sedutan oksigen yang adakalanya sukar sampai ke pernafasanku. Alhamdulillah, andai hidup ini mudah dan bahagia saja, pasti aku lupa pada-mu, na’uzubillah…ya Allah…kekalkanlah kain kecil ini bersamaku hingga aku menemui-Mu…
Engkau tahu rahsia yang kusimpan dalam hatiku!
Temanilah dan kasihanilah aku hari ini
Dalam kehinaan dan kesendirianku!
( Syair wanita Syam oleh Muhammad ibn Sa’d at-Timy)
Subhanallah, walhamdulillah, wallahuakbar, moga aku menjadi insan yang bersyukur atas nikmat ini yang sempat aku rasai dalam hidupku, nikmat beramal kerana mencintai-Mu.
Wahai Tuhanku, aku amat malu mengeluh dengan tabir yang kau hadiahi buatku ini, namun aku tidak akan menafikannya dan menipu dunia bahawa memakainya menggembirakanku setiap masa. Kuyakini janji-Mu, bahawa Syurga itu untuk mereka yang telah bersusah payah di dunia, bermujahadah dalam kehidupannya, berkorban dan terkorban dalam melakukan perkara2 yang Engkau cintai dan menyusahkan diri untuk segalanya demi-Mu wahai Tuhan yang maha Penyayang. Wahai Tuhanku, kuulang doaku buat sahabatku ketika ia memakai purdah di hadapan cermin sebelum aku mendapat hidayah sepertinya:
“Ya, Allah, haramkan wajahnya dari api neraka-Mu.”
Ya Rob, jika bukan kerana rahmat-Mu yang menghalangi aku membuka tabir ini, maka aku ini bertambah hina di hadapan-Mu, kumohon kau terima amalanku ini sebagai sesuatu yang mendekatkan rahmatmu, berkat dalam hidupku dan keredhoan-Mu yang kutagih..wahai Tuhan semesta alam, hatiku milik-Mu…Percepatkanlah kematianku kerana aku merindui-Mu….
Subhanallah,
Sahabat2 dan pembaca yang dikasihi Allah…
Sesungguhnya ana hanya memakai purdah kerana Allah. Ketahuilah jika kita ingin menjadi orang yang bertakwa, kita perlulah berusaha menjadi Wara’ul muttaqin. Sebagai seorang yang ingin tergolong dalam golongan yang bertakwa, kita perlulah mencegah diri daripada mengerjakan perkara-perkara yang tidak diharamkan oleh fatwa dan tidak ada subahat kehalalannya. Tetapi kerana khuatir membawa kepada perkara yang diharamkan, ia bertindak meninggalkan perkara tersebut. Dengan kata lain, meninggalkan sesuatu perkara yang walaupun dikerjakan tidak menjadikannya berdosa, kerana khuatir mungkin terjatuh ke dalam dosa kalau ia dikerjakan juga.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Seseorang hamba tidak mencapai darjat orang yang bertakwa sebelum ia meninggalkan perkara yang tidak mengapa (tidak berdosa) kalau dikerjakan kerana takut terjerumus ke dalam dosa (kalau dikerjakannya).
(Ibnu Majah)
Orang yang berada dalam warak peringkat ini berkata:
“Kami meninggalkan sembilan persepuluh daripada yang halal kerana khuatir akan terjerumus pada perkara yang haram.”
Abu Darda’ berkata:
Sesungguhnya sebahagian daripada kesempurnaan takwa ialah seorang hamba itu menjaga diri daripada sesuatu perkara (subahat) walau hanya seberat biji sawi. Bahkan ia meningglkan sesuatu yang dilihatnya halal kerana khuatir menjadi haram, sehingga perkara tersebut menjadi dinding antara dirinya dengan neraka.
Di antara mereka ini, kalau berhutang 100, lalu membayarnya dengan lebih satu, supaya yang demikian itu menjadi pendinding dirinya daripada neraka. Sebaliknya, jika ada penghutang membayar 100 yang dipinjam dari dirinya, mereka akan mengambilnya 99 saja dan berwarak (menjaga diri) daripadamengambil kesemuanya kerana takut berlebihan.
Inilah pegangan ana dalam isu purdah. Ana tidak teragak2 untuk membukanya jika disuruh iaitu pada tahun 2006 ketika kali pertama memakainya. Ana terus meninggalkan purdah apabila disuruh tanggal oleh seorang manusia. Namun, setelah ana memakainya kembali pada Februari tahun 2007, ana dipinta mak ana untuk mengkajinya kerana penentangan adik2 pada waktu itu. Setelah itu, ana gigih mengkajinya, ana tidak lagi sanggup membukanya dengan mudah semenjak itu, kerana ada dalil yang telah meragukan ana selama pengkajian ana. Walaupun ia hanya 4 dalil yang cukup kuat, namun ia meragukan ana, dan membuatkan ana bimbang jatuh berdosa jika memperlihatkan wajah ana. Sekian saja kesimpulan, mengapa Nurul Hayati berpurdah. Ia tidak menghalang orang lain tidak mahu berpurdah, namun kerana Allah manusia hina ini memohon manusia lain usah menyeksa batinnya dengan menyuruhnya membuka purdah itu. Kerana sekalipun lemas dan rimas berpurdah, perasaan lemas dan rimas dalam merindukan hidayah Allah dan kecintaan pada-Nya lebih kuat lagi. Maka, bebaskan aku dari belenggu.
Buku ana yang ana katakan akan ana produce kan bertajuk Kain Kecil Di Wajahmu akan ana mulakan dengan menjelaskan hukum berpurdah ini seperti yang dibincangkan di kalangan ulama’ 2, sebelum masuk kisah persahabatan yang ana rencanakan dalam bentuk novel. Ana mohon maaf kepada sahabat2 yang menanti penghasilan buku ini, sukar sekali rupanya menjadi penulis. Pengkajian, penelitian dan penyusunannya adalah mujahadah yang memerlukan pengorbanan, mohon Allah kuatkan ana menghasilkannya sebelum nafas berakhir. Berdosa rasanya, tidak memenuhi permintaan sahabat2 yang mengharapkan ana menghuraikan dalil2 tentang purdah dan pengalaman ana serta pengetahuan ana tentang purdah yang telah ana kaji selama ini. Sesungguhnya, ana suka sekali orang yang mengatakan ana menyukai purdah, pemakai, pencinta purdah. Subhanallah, Islamic Pride!*-*
Ana tegaskan sekali lagi, ana memakai kerana menjaga kewarakan, namun tidak salah jika sahabat2 tidak mahu memakainya. Moga Allah menerima kedua2 amalan kita. Moga Allah menjaga keikhlasan pemakai purdah dan Allah memelihara wajah yang tidak bertabir purdah dari fitnah Adam. TaqobbalaLLAHu minnna wa minkum. Amiiin ya Rob.
Ada 30 dalil yang mewajibkan dan ada 18 dalil yang tidak mewajibkan (18 dalil ni kebanyakannya tentang keharusan lelaki melihat wajah wanita dan tangan, tapi, tidak ada penguat yang melonggarkan hukum wajib wanita itu sendiri menutup wajahnya, jadi kesimpulannya, ana masih takkan buka purdah).
Nanti ana bentangkan pada semua, masing-masing boleh menilai sendiri dengan mata hati. Ada empat dalil yang ana belum terima lagi, ada pada buku ana yang bersama sahabat ana sekarang. Empat dalil ni cukup kuat dan empat dalil ni adalah sebab kepada ana masih istiqomah dengan izin Allah. Dalil wajib yang begitu kuat, dan dalil tidak wajib yang disangkal ulama’ dan meragukan, membuatkan ana tak mampu membuka purdah lagi. Subhanallah…
Nak pakai, pakailah. Tak mahu pakai, usah marah orang yang pakai sebab dalil wajibnya cukup kuat.
People always say that, but it seems hard to me*-*
People:“Just open it (show ur face), there’s no problem”
Me: “Give me dalil why must I open it?”
People: “I am not sure but it’s not wajib isn’t it?”
Me: ( You are not sure? Then why you ask me to open it?)
People: Because u are da’ieyah (woman who bring people to Islam)
Me: “ Please give me dalil from al-Qur’an n hadith that da’ieyah cannot cover her face. No, I will not open it. Sorry.”
( I am wearing niqob for the sake of ALLAH- Actually I knew the dalils for niqob, that’s why I can’t accept it when people with no dalil asking me to open it and show my face, there is no reason for me to fulfill their request.)
“I am a Muslim. I Luv Islam very much. Islam n me cannot be separated. “
Hati ana bertanya, adakah ana akan selamanya berniqob / berpurdah? Allah menentukan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kepada-Nya dikembalikan urusan. Wahai Allah, andainya ini hari terakhir dalam hidupku Kau izinkan aku memakainya, maka jadikanlah aku manusia yang bersyukur kepada-Mu kerana memberi peluang dan pengetahuan, serta hidayah dan taufik-Mu untuk memakai sehelai kain menabir wajahku, yang ia bukan sekadar mengurangkan fitnah Adam pada diriku, bahkan lebih lagi membuatkan aku bersendirian dan berkhalwah hanya bersama-Mu, yang kurindui dan kucintai dalam setiap hela nafasku. Aku bersyukur kepada-Mu ya Allah, atas nikmat sehelai kain kecil ini. Saksikanlah, alhamdulillah.
Agak menarik percutian kali ini, lebih kurang 80% masa ana di rumah berselubung semua.huhuhu….Nak kata panas, panas lagi hati ana kalau orang terpandang kaki atau wajah ana. Nak kata lemas, ana lagi suka lemas dalam cinta-Nya, asyik masyuk bersendirian dengan Allah ketika berpurdah.
Dengan adik ipar ana, dengan pekerja2 yang membaiki rumah, ana menyidai kain, memasak, menaip, ke sana dan ke sini dalam keadaan berjaga2. Stoking sentiasa di kaki, purdah dan tudung tentulah. Dengan telekungnya berpurdah, dengan baju kurungnya berpurdah, dengan apa2 pun purdah dan stoking ana wajibkan untuk diri ana. Nak bersolat jemaah pun berpurdah, time solat buka, lepas solat tutup balik..
Ana rasa macam sukar, tapi, ana teringat seorang sahabat yang merahsiakan namanya pernah menceritakan tentang seorang wanita yang istiqomah berpurdah dan membawa anak2nya mandi sungai pun beliau memakai stoking. Subhanallah….ana ingin mencontohinya. Kepada sahabat ana yang selalu menelefon ana dan menceritakan tentang kewarakan orang soleh dan menceritakan tentang solat dhuha dan segala yang indah tentang Islam, jika enti membaca post ni, ana mohon enti menghubungi ana semula kerana handphone ana yang rosak tempoh hari telah mengakibatkan ana kehilangan banyak nombor, terutama nombor2 sahabat yang ana baru kenal tahun lepas dan awal tahun ni. Asif jiddan, please call me back, sangat2 rindukan tazkiroh berharga dari enti, lagipun, kita belum pernah bersua dan enti belum kenalkan diri enti pada ana…moga Allah tidak menarik nikmat seorang sahabat sejati dari ana. Maafkan ana jika punya banyak kelemahan, sesungguhnya ana masih lagi merangkak2 dalam mengejar redho dan cinta-Nya, ana masih belum mampu menjadi seperti yang enti idamkan dari ana iaitu sahabat yang warak, maafkan ana…Walauapapun, alhamdulillah. Kita bersahabat kerana Allah, berpisahnya kita, tidak seharusnya ana gelisah.
Kadang2 rasa rimas kalau keluar rumah, ada tak kelambu yang boleh ikut ke mana saja kita pergi dan sentiasa menutup kita, atau ada tak selimut magic Harry Potter yang bole tutup diri kite dan kite jadi halimunan…? Ada tak? Kalau ada, bole tolong hadiahkan satu? Hehehe..gurau je..Astaghfirullahal’azim…
Ana dapat message best subuh tadi, seorang gadis bertanyakan ana, adakah petanda Allah bahawa Allah menyuruhnya berpurdah kerana gadis ini tidak mempunyai wang untuk membeli purdah, jadi, ia mohon Allah agar kurniakan ia rezeki jika Allah lebih suka ia menutupi dirinya dengan purdah. Tiba2 ada RM 600 dalam akaunnya..ha, macam mana tu , kak? Adakah ini petunjuk dari Allah? Ana tersengih sorang2…hehehe..memang lawak message ni…Hmm…hampir setiap bulan ada sahaja gadis yang merujuk ana tentang purdah, sama ada email atau mesej dan YM pun ada.
Dik, hayatilah pemakaian ummahatul mukminin, di sana ada jawapannya…moga dik kan temuinya..post ni dan seterusnya untuk penelitian dik, moga beramal dengan ilmu, iman dan takwa.*-*
Ana sedang berkira2 untuk menutup blog ana, macam biasa la, masih lagi sukar, ana sedang merancang macam mana keadaan ana tidak ada blog, tapi masih boleh menyampaikan ilmu? Macam mana ya? Hmmm…sukar sekali rasanya…Ana rasa macam nak tutup blog, tapi, setiap kali membaca buku, keinginan untuk ceritakan apa2 yang ana baca pada kawan2 tu sangat kuat…huhuhu….ana pernah berhenti menulis blog dulu selama 2 bulan, tapi bila ana tanya ustaz2, dalam kelas, dan message beberapa orang pensyarah ana, mereka suruh ana teruskan. Ana siap bagi lagi mereka ziarah ke blog ni…huhuhu…teruskan berdakwah???? Ayuh, usah ragu! *-* Buat masa ni, kebaikan lebih banyak dari keburukan, maka teruskan! Mohon dikuatkan Allah untuk istiqomah.
Wahai Engkau yang menemani dan mengilhamkan kata-kata dalam setiap bahasa!
Wahai Engkau yang menemani hati mereka yang mengingatMu!
Wahai Engkau yang dekat dengan fikiran mereka yang memujiMu
Wahai Engkau yang adalah harapan mereka yang nestapa, Aku telah menyedari bahawa aku bukanlah apa-apa.
( Ibn Jawzi, Shifah Al-Shafwah)
(dari penyambung kasih sayang allah..kak yati)
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
semoga terus istiqomah..namun..hati saya kembali sayu..saya lemah untuk emepertahankan hadiah yang Allah berikan ini,,,dan tidak menyangka yang niqab yang saya jahit dengan tangnsay a sendiri akhirnya terpaksa say membukanya dalam perasaan penuh luka...say terpaksa..semoga sahabtku ini tidak diuji sepertiku..kerana aku tidak mahu melihatmu derita merasai apa yang ku rasa...
ReplyDeletesemoga allah memeliharamu seperti mana allah menjagaku...
ReplyDelete