hmm...dah 6 tahun kita tak jumpa.aku masih anak gadis,farah.dan kau dah jadi mama orang.cepatnya masa berlalu.kau masih ingatkan kita selalu kena rotan sebab kau selalu kacau aku solat dan menyebabkan madrasah bergegar sebab kau lari bila aku marah kau .last..kita sama2 kena rotan ngn ayah cik.
Kita juga selalu panjat pokok jambu sampai terseliuh kaki bila ayah cik panggil.kau tak nak turun sebab banyak lagi buah jambu kita tak ambik tapi sebab aku, kita sama2 terjun.bila tengok sekarang pokok tu,aku rasa gerun sangat.dah la tinggi dan mungkin kalau aku panjat sekarang boleh terkoyak jubah aku.tapi itulah tempat kita dulu.
Aku datang tadi rumah ayah cik.tapi kau tidur,aku tau kau mesti penat sebab baru sampai dari kL.jadi aku tolong je buat kerja2 dapur sambil tunggu kau bangun.tapi kau tak bangun juga.aku tengok anak kau.comel..lincah.tak nangis pun kalau org main-main dgn dia.aku tengok kau makin kurus.kau bahagia ke?? tapi kenapa aku tengok kau makin kurus,tak macm dulu.
Ringan je tangan aku nak kejutkan kau,tapi tak apa lah...aku balik dulu..mungkin ada masa kita akan jumpa lagi.aku tak sanggup tengok kau nangis.sebab aku tau kau pasti akan cerita semua kesedihan yang kau kumpul.
Maafkan aku..aku tak tau macam mana nak hadapi kalau kau bangun.sebab dulu aku tinggal kau.sejak sek ber asrama,kita tak pernah jumpa.bila aku balik..kau tak ada.dan seterusnya kau pindah ke johor bharu.kita terus terpisah.tapi aku tak pernah lupakan kau.rasa nak balik setiap kali zila bagitau kau balik,tapi jadual aktiviti menghadkan langkah aku.kau tak marah aku kan??..
*****************************************************************************
nur farah syuhada.teman sek,teman bermain dan saudara ana dari umur 5 tahun hingga lah berumur 14 tahun.kami terpisah bila ana berpindah sek ber asrama.kehidupan farah amat menderita dari perceraian umi dgn ayah yang menyebabkan farah sengsara.umi ke timur dan ayah ke barat.farah dan farid tersepit di tengah.
Tinggal kat rumah ayah cik bukan memberi kebahagian kepada farah.hidup terbiar buka sebab ayah cik dera tapi sebab tanpa keluarga yang lengkap.
Perceraian banyak menyebabkan anak-anak yang sengsara.farah tak terkecuali.sehingga ambil keputusan kawin pada usia muda.kata mama,farah kawin sebab ingin bebas dari masalah.tapi..sekarang entah le,kami dah lama tak jumpa...
sekarang ana masih seorang gadis dan farah sudah menjadi seorang mama.mama pada usia 22 tahun.semoga farah bahagia walaupun bergelar isteri dalam usia muda.
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
0 comments:
Post a Comment