Pages

Powered by Blogger.

Saturday, February 6, 2010

sekadar luahan....

ku biar kalam berbicara
mengurai maksudnya yang dijiwa
agar mudah ku mengerti
segala yang terjadi
sudah suratan ilahai....


ku biarkan pena menulis
meluah kan hasrat di hati
moga terubat segala
keresahan di jiwa
tak pernah kuinginan...

(ana xbleh nk tulis penuh lirik lagu sahabat sejati ini.rasa sebak sgt)




banyak yang berlaku...
tapi ana bersyukur,di kurniakan sahabat sejati yang mempunyai kalimah keramat buat ana.membuatkan ana mendapat kembali diri ana yang dahulu..membuatkan ana rasa apa yang berlaku satu hikmah.syukran sahabat...

musafir ke universiti sains islam malaysia( usim) utk berjumpa dengan sahabat,penasihat,pendengar dan sayap kiri perjuangan ana di sana mengukir sejuta kemanisan.tak dapat ana gambarkan dengan kata-kata tatkala melihat seorang muslimah berjubah lengkap dengan niqabnya,segala-galanya berwarna koko muda yang dari mata itu ana tau,ilham tersenyum gembira menunggu ana di stesen ktm batang benar.

ya allah...betapa ana rindu sahabat ana ini.pelukan kami kemas.mengalir sejuta aura keimanan.tangan kami terpaut kemas tanpa ruang.segala masalah yang terkandung dalam kepala terasa hilang melihat mata yang tersenyum itu.

3hari 2 malam di kolej kediaman nilam,mengimbau nostalgia dulu.juga membawa kepada bbrp perkara.

1)dapat kenal kak tun yang comel
2)mengajar ana agar terus tabah,kerana ada org lg yg lbh diuji dr ana
3) dapat tengok tempat org.seharusnya kita perlu bersyukur kemana shj kita dicampakkan melainkan di neraka shj.
4)mengajar ana erti sabar,tidak bergantung pada org dan erti sebuah kehidupan.



rasa sedih sgt nak tinggalkan ilham.sendirian tanpa teman yang memahami.asif jiddan ukhtie,ana hny boleh berada di usim 3 hari je.rasa bersalah sgt.3 hari ana tgok ilham tersenyum manis.tersenyum memperkenalkan ana kepada setiap kwn di usim."ini lah kwn baik kak ilham dari kuis"....

dapt juga jumpa kwn2 dari tingkatan 6 bawah bestari dulu.bae,akmal,maizatul, aini mat ,aini dan huda.syukran sbb masih ingat lg ana.....insyallah kita akan jumpa lg dgn keizinan allah.tak sempat nak jumpa cik am..asif ye.

0 comments:

Post a Comment