Pages

Powered by Blogger.

Saturday, January 30, 2010

kenangan semalam



bangunan utama sek ana





melihat majalah sekolah atas rak buku,mengundang kerinduan pada zaman sekolah dulu.satu zaman yang membentuk keperibadian dalam menuju zaman atau dunia yang lebih mencabar.hm..nama sekolah ana..sekolah menengah ugama arab tarbiah mardhiah panchor yang berada di tengah2 jalan menuju lapangan terbang dan jalan ke bandar kota bharu.



Nostalgia ana banyak terukir di aspuri tok ayah kedah dan sekolah.bersama rakan-rakan yang comel,nakal,suke mengusik,dan mengambil berat sesama sendiri.Ah! Kenangan dulu memang tak hilang dari memori ana.



DI PTAK:

paling ana tak lupa adalah orang2 yang selalu cari pasal dengan ana iaitu yang suka langgar peraturan masjid (ana ketua unit pembangunan masjid dulu).hm..syarifah nor hafiza,ku zubaidah,fazilah,juliana,syikin dan beberapa org lagi( antara yg paling ana ingat) terima kasih sebab buat masalah.he..he..kadang2 kelakar bila ingat balik masa dulu2.ana terpaksa korbankan masa mngulangkaji dengan slow talk dgn mereka.harap2 semua dah berubah dalam meniti usia.



Pada ahli A6 asyraful banat.kak su,kak nurul,kak amy,kak hidayah,nani,nana,farah,hasanah dan adik ana sendiri angah.asal malam bulan purnama penuh,kak su ngn kak hidayah mesti pakai baju tdo warna biru( ana pn pakai sekali) dan mulalah diorag wat lawak bodoh sampai pintu kitorag kena ketuk dengan ustaz najmuddin.hm..memang ana ingat.kak nurul yang suka bercerita dan suka balik mggu xbleh balik.kak amy yg sesekali bler..bila org bercerita (lmbt pick up) farah yg terlampau rajin,nani yg suka melaram,nana mangsa buli kitorg.kami semua memang paling malas nak bersihkan bilik air time gotong-royong hari jumaat.masing2 takut tangan jd kasar..( sesekali ana akn cabut lari @ buat kebersihan kt tmpat lain).



Time balik sekolah mesti makan beramai2..seronoknya bila ingat balik.rasa nak duduk lagi kt PTAK.malam,mengaji ramai2 lepas kuliah maghrib dan masuk bilik study.bulan puasa pulak,ramai2 buat kuih dan masak.kalau tak sedap kami tetap makan juga.tapi sekarang kalau ana nak makan ramai2 memang kena berbuka kat masjid.sebab roomate, masing2 berbuka ngn pakwe..sedihnya…



sekarang..masing dah bawa haluan sendiri.dah lama kitorag tak jumpa.plg lama dengan k.amy.yelah..masing2 ada kerjaya dan menyambung pelajaran.(rasa2 nak buat jejak kasih je).



Tempat yang paling suka kitorg duduk bila tension? Tasik buatan dan tepi pagar kubur.kenapa? Sebab duk tepi kubur mengingtkn kami agar tak leka sgt dgn dunia.sbb smua akn mati.angin kat kubur pn best..nak menghafal pn cepat masuk.sekarang tak tau ada org duduk kt situ lg ke x.



di sekolah:



ana mula masuk sekolah 2,waktu tingkatan 2 ( dulu sekolah kat smu (A) meheliah geting.mula2 nk masuk memang segan.sebab sekolah ana dulu lain2 bangunan dengan pelajar lelaki sampaikan ana memang tak pernah kenal pelajar lelaki yg sama tingkatan,hanya dalam dewan peperiksaan je kitorg jmpa.



Pagi pendaftaran ana dah kena tahan ngn cikgu disiplin sebab tak pakai lencana ( cikgu dzul)pada hal ana budak baru nak daftar ( kak su yg tolong daftarkan sbb mama ada hal).nasib baik lepas,he..he..



masuk kls 2E?? hm..ana mintak nak duduk kelas paling hujung.sbb nk bg cabaran pada diri sendiri utk naik kelas nanti.kalau biasa duduk kelas pertama mesti naik lemak (perasan pandai.sbb sek lama kls pertama).jumpa mula2 kawan baru? Wan khairiah,ruby dan syariah.syukran sbb tegur ana dulu.ana tgok pelajar perempuan dlm kelas tu,pandang ana macam makhluk asing mula2 turun kat bumi.pertengahan tahun baru ana ada ramai kawan.(irham fatihah,yus ilham, alyani,umi kalsom farah,umi solehah dan azlina).



Tgktn 3 alhamdllh dpt naik kelas bestari .yg jadi masalah..kelas kami bercampur dengan pelajar lelaki.tapi pmr pnya psl..ana tonjolkan diri jg.cikgu yg plg ana ingt..ckg majidah,ckg siti hawa,ustzh anisah,ckg sakinah,dn ustzh siti aisyah (yg menanam minat ana utk ke bumi ambia’)



tgktn 4 adlh tahun yg plg buruk berlaku dlm hidup ana.kenapa? Sbb terpakse masuk kelas iltizam,dan terpaksa melalui kehidupan yg agak teruk.mls nk ingat lagi.tapi kepada org buat fitnah kepada ana dulu,ana dh maafkan.peristiwa yg berlaku dan apa yg antum buat pada ana ,memang ada hikmah.sbb ana berazam takkan masuk lg kelas iltizam.ya..dan allah maha mendengar..



tgktn 5tahun yg ana suka ulang tayang dalam minda.tahun yg menjadikan ana seorg pemimpin dan seorg pelajar spm.satu tahun yg juga memusnahkan impian ana.walaupun dlm golongan pelajar spm harapan sekolah.ana bukan nak salahkan sesiapa..tapi sejak hari result keluar ana memang tanamkan hasrat, “aku tak nak pegang lagi jawatan “.lemahkan ana?..



tgktn 6..mula membina semangat untuk ke mesir (walaupn awl2 lg ana tau abah tak bg).bersama ilham,alyani,su,azlina..hm..rindunya pada kalian.kita dulu tak rehat sebab nak masuk maktabah..kita selalu masak dan makan ramai2 waktu rehat(mcm jamuan) smp budak lelaki pn tmpg sekaki.menghafal ramai2 kt tepi longkang,depan kolam ikan dan kat kerusi bulat.ckg yg paling kecoh? Mstilh ustz nordin,ustzah lawiyah,ustz azzam dan ustzah rahimah..

yg plg kuat mendenda? Mstilh ustz azzam.kami pernah kena denda duduk kat padang tobor mcm kedudukan dlm kls.dh la waktu tu ibu bapa datang sekolah.betapa malunya kami semua pelajar 6bawah cemerlang.tapi alhamdllah..kami semua dpt cemerlang.dgn ustz mat kamal..ana kena denda duduk kt bawah meja ( sempat nangis).



Tgktn 6 ats membawa kepada perpecahan.ramai kawan2 ana tak belajar dah.diorg lbh suka kerja.tapi ana tak boleh nak kerja lama2.bulan 2 ana dah masuk belajar.tapi tak sempat exam pn.hmm..teringat hafiz kecik( saingan dlm sejarah dan tamadun dunia)dia selalu tak puas hati ana dalam tinggi dlm subjek 2.tp kami sama2 tak ambik stpm.so kira adillah.




Pesonaliti kawan2 ana:



nik noor yusilham

hm..kami sama matlamat.nk smbg belajar kt Darul quran.sama pendapat.ada yg kate kami kembar pdhal muka tak sama.mudah menangis dan seorg yg sarat dgn mslh.suke cipta resepi baru



Nur alyani

anak manja,pendengar yg baik.seorg patner yg agak gile2 skit( sorry yan).tak mudah putus asa dlm hidup,hidup selalu happy.



Nur farhanah

gadis periang.hm..kami sama hobi,satu kepala( dia yg kate.pdhl kepala dia lg besar) kami sama2 suka mkn coklat dan kami kuat mengusik ilham.



Syuhaida

suke kenakan ana.seorg anak yg banyak masalah,periang pada luaran ,tak suka baca buka tapi pakse ana bercerita balik apa yg ana baca dan ahli susu ductlady..



azlina.

Suka melukis, suka baca buku.apa lagi ek??



ummi solehah & kalsom

suke berangan2..

jamilah..

pakar sains..hm..banyak ketawa dan senyum je bila org usik dia.kami sama2 suka baca buku.



ana rindu kalian….

0 comments:

Post a Comment