ya allah,betapa lekanya aku tika mengembaraku.berjalan dan terus berjalan tanpa
berfikir sejenak.aku khilaf,khilaf dalam kembaraku.
sesekali aku diuji,aku putus asa.tanpa mengerti bahawa ENGKAU menyayangiku dengan menghantar rasa sedih buatku.
sesekali aku diuji,dengan kasih sayang dari hamba-MU.tanpa berfikir bahawa kasih sayang DARIMU yang aku perlukan.bukan dari hamba yang belum tentu milikku.
sesekali aku diuji,dengan beban dosa yang aku seringkali buat tanpa aku sedar ya ALLAH.tapi kau maha pemurah,dengan menerima aku kembali dalam sujudku.
sesekali aku diuji,dengan rasa sakit yang teramat sangat.sehingga aku pernah berfikir,'adakah ini waktu yang sesuai aku bertemu dengan-MU?'tapi kau hadirkan aku penawar.
sesekali aku diuji,dengan perpisahan dengan insan yang aku sayangi.tapi aku khilaf,itu bermakna ENGKAU lebih menyayangi insan yang aku sayang.ya ALLAH...tempatkanlah dia di tempat yang mulia disisimu ya ALLAH.
sesekali aku diuji,dengan persekitaran yang bagiku amat menyesakkan.tapi aku lupa,itu tandanya ENGKAU minta aku berfikir dan pandai memilih antara yang baik dengan yang buruk....
ampunilah dosa2 ku ya ALLAH.bimbinglah aku,aku takut untuk kembali pada jalan yang dulu...jauhilah aku dari fitnah duniaMU ini,jauhilah aku dari ar rijal yang akan merosakkan rasa cintaku buatMU Ya ALLAH.sudah cukup buatku kini,rasa sayangmu yang ENGKAU hantar dengan nikmat sihatku.jauhilah ia.....
0 comments:
Post a Comment