Salam kerinduan buat sahabat2 ku seperjuangan...
entah kenapa,ana disini rasa rindu sangat.rindu pada kenangan dulu.bergelak ketawa dan merancang apa yang akan kita buat demi masa depan.tapi...kini kita semua bertebaran di bumi allah ini.
Alyani di kias( kolej islam antarabangsa sultan ismail),farah ( kolej komuniti pahang),ilham ( usim ),hazwani di kaherah (medic banat) ,masyitah (uiam) dan kak roqiayah ( jordan)....ana rindu kalian.rindu sangat...
ana ke pasar malam ari ni (walaupun prg petang ttp di panggil psr mlm).apabila memaut tangan sahabat ana, tiada tindak balas pada pegangan itu.malah pegangan ana longgar..longar dan terus terlerai.ana tercari-cari mana pegangan kemas ilham tika berjalan bersama.tidak ada disitu.ya allah!!ana lupa, bukan ilham di sisi ana.ana masukkan kembali tangan dalam poket jubah dengan rasa sedih sangat.ana kehilangan pautan kemas ilham,pautan kemas berserta semangat yang menjalar disetiap nadi ana.pautan yang buat warga mtm kenal kita sebagai kembar tapi tak serupa.ana rindu enti...
Seorang pakcik bertanya arah ke ukm.ana kata jalan lurus,tapi kawan ana kata belok kiri.last2 kami mintak pakcik tu tanya orang lain sebab tak pasti. ana dengar,kawan ana cakap slow je.tapi cukup dengar pada telinga ana.'susah bercakap dengan orang tak tau jalan ni'...hati tersentap.ana terus teringatkan farah...walaupun kami berdua degil dan suka berdebat tapi farah tak akan cakap macam tu.farah tak akan buat ana macam ni !!..ana rindu farah..
minggu lepas..ana tension sgt..semua benda jadi susah.kesihatan pun makin buruk.sakit sangat! Tapi ana kehilangan semangat alyani.ana kehilangan seorang pendengar.pendengar setiap apa yang ana rasa tersiksa.alyani jauh walaupun dekat di sisi teknologi.yan..syukran sebab sentiasa ada pada saat ana ada masalah.walaupun enti jauh,tapi ana tetap anggap enti kat sebelah ana.minggu lepas juga ana demam panas lagi.tapi tak ada seorang pun disisi ana.ana tercari2 pelukan seorang kakak.tapi ana lupa lagi,kak roqiayah dah ada kat jordan.tak ada sesiapa di sisi ana...kak,cepat lah balik..
ana hanya pandang gambar kita semua.kata-kata masyitah ana masih ingat “ sejauh mana kita terbang,sejarah dulu tak akan luput dari ingatan”.kata mira juga “lepas ni,kita semua mesti susah nak jumpa.mungkin cukup lah rasa rindu dari jauh” ya..sekarang pun ana rindu kalian.
Wani,yang sentiasa tak keluar rehat.ingat x? Kita selalu makan dalam kelas sambil membaca.walaupun sakit,wani kuat dan tabah.ana cuba jadi seperti wani..tapi ana gagal.gagal mengawal segala yang datang.tapi ana gembira sangat,wani dah sampai ke kaherah.walaupun cita2 nak jejak kaki kesana tak tercapai,sekurang-kurangnya wani ada untuk bercerita keadaan kat sana..syukran ya ukhtie...
ana tau,seharusnya ana terus bersyukur.bersyukur kerana mereka tetap ada walaupun jauh.dan bukan semua insan itu sama sifatnya.YA ALLAH,aku khilaf.khilaf menilai rasa kasih sayang di sekitarku.kurniakan lah aku sifat2 seperti sahabat2 ku juga,supaya orang2 disekitarku juga rasa bahagia sepertiku...bahagia kerana mempunyai sahabat-sahabat seperti mereka....
ya allah..aku begitu menyanyangi sahabt-sahabatku..kurniakanlah mereka kenikmatan bersahabat seperti mana kami dahulu.berilah mereka rasa bahagia,berikanlah mereka rahmatmu YA ALLAH.kerana aku begitu mengasihi mereka seperti mana mereka mengasihiku juga.
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
assalamu'alaikum ukhtie..
ReplyDeletewahasytuni awi..ana teramat rindukan ukhtie..dr kjauhan ana titipkan doa..knangan tu sntiasa berlegar,ukhti..meruntun hati, mnuntut satu ingatan..
inshaAllah ukhti kuat..mujahadahkan diri kerana Allah.
perjalanan ni kadang-kadang mmbuatkan kita futur..sekejap kita mampu bangkit sendiri, sekejap kita memerlukan wasilah yg ada di sekeliling kita..
ana tak mampu berada di sisimu..membahumu..menyediakan bicara dan jasad serta hati tiap kali dirimu diuji Ilahi..Tapi, ingatlah, rabithoh ini menyusupkan redha Ilahi, menerbitkan kemanisan ukhuwah, menyediakan kebenaran pada janjiNya..
ana masih ingat kenangan itu, ukhti..masih terasa segar memori itu..
jalan ini jalan untaian dr sirah terdahulu..kita hanya penyambung bukan perintis..sambunglah wasilah ini dengan penuh tadabbur serta ikhlas..jadilah kita mereka yang menghuni di jalanNya..
Ana sayangkan ukhti kerana Allah..kita bertemu kerana Allah..moga selamanya kita bersama..hingga pertemuan dan terkumpulnya kita di halaqah yang sama di dunia sana..dalam taman syurgaNya..moga cinta ini berbuahkan syurga dan redhaNya..
uhibbuki fillah..abadan abada..biiznillah..