salam kasih sayang buat adik2 dan sahabat-sahabat yang tidak jemu membaca apa yang tersirat dalam fikiran ana.syukran jiddan ya ukhtie....
kepulangan ana ke kampung kelahiran membawa pelbagai cerita sebenarnya walaupun pulang hanya 4 hari ( sekadar melepaskan rindu pada usrati).pelbagai cerita utk ana kongsi dengan insan2 yang bergelar muslimah,pewaris ummah,penyambung zuriat umat nabi muhamad s.w.a dan bakal penawar alam rumahtangga.
Pulang sahaja di baiti jannati (rumahku syurgaku)..wajah mama abah,angah yang jadi penganggur terhormat( tgh tgg result stam) abang yg baru pulang dari pondok tahfiz talaqi kitab ( cuti PMR) abg pie dan adik menghilangkan rasa resah di hati..
mama kata kepulangan ana memang abang tunggu untuk bercerita pengalamannya dari pondok tahfiz.hmm..adik ana yang seorang ini memang banyak kisahnya.di bentuk dan ditarbiah lain dari yang lain.nampaknya ada banyak perubahan yang berlaku.malam,tanpa menunggu lama..cerita dari pondok tahfiz dibuka. “along nak tau?abang ingat budak sekolah agama biasa je yang kurang rasa malu sekarang,tapi rupa2nya muslimah kat tahfiz tu pun dah kurang sifat malunya.” mendengar kata2 itu dahi ana berkerut.kenapa adik ana boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu sedangkan dia memang seorang yang susah nak bercerita pasal orang.
“along tak faham ek? Ok,abang cerita.masa seminggu abang masuk,dah dapat surat dari muslimah kat situ.lepas tu abang yang kena marah dengan ustaz muslim” oh..patutlah dia bersungguh2 bercerita.hmm... “abang tak tau le macam mana surat tu boleh lepas masuk ke aspura.” dia merungut lagi.Alahai...adikku ini.banyak pulak komplennya.nak bercerita lebih lanjut pun buat malu kaum sendiri sahaja.walaupun bukan semua pelajar yang bergelar hafizah begitu( malunya nak cakap sebab ana sendiri dari acuan hafizah wlpn tak lama tempoh pengajian) tapi apabila berlakunya sebegitu , ia merosakkan maruah hafizah yang lain.
Tapi ,perasaan yang ada dalam hati ana adalah,perasaan malu mendengar luahan dari seorang lelaki mengenai kaum sejenis dengan ana.malu teramat sangat walaupun bukan ana yang buat.kenapa merendah maruahmu di pandangan muslimin wahai kaumku?..kemana hilangnya sifat malumu yang menjadi tembok martabat kaum kita? Kenapa ??.sebenarnya dulu pernah adik ana menyuarakan tentang yang sama.muslimah sudah hilang sifat malunya.jika dahulu...setiap kali pulang pada hujung minggu dari maahad muhammadi lelaki kota bharu,ada sahaja rungutan keluar dari mulutnya mengenai pelajar muslimah yang naik bas ke bandar.dah cukup hadam ana mendengarnya.katanya,seorang lelaki itu hanya melayan sikap seorang wanita gedik( maaf agak kasar sikit) utk mengetahui sejauh mana perangai wanita itu.ya allah..teruknya.
Malu..satu tembok bagi martabat kita,maruah kita sebagai muslimah.kenapa ana kata tembok? Sebab adanya malu melindungi kita dari melakukan maksiat.tapi malu juga perlu pada tempatnya.apabila malu ada dalam diri,secara automatiknya kita akan menghadkan pergaulan yang lampaui batas dan menjaga tatasusila seorang muslimah yang akan menjadi ikon agama islam kita.seharusnya begitulah kita...umpama pohon semalu.cantik dipandang tapi awas apabila menyentuhnya......
fikirkanlah..dah ambillah ikhtibar..semoga kita dilindungi allah sentiasa...
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
0 comments:
Post a Comment